Menjawab Artikel Lutfi Ishak
Nampaknya perbicangan saya dengan sdr Lutfi masih berterusan. Sebelum membaca reaksi saya, saya sarankan para pembaca melihat artikel di blog sdr Lutfi yang sangat menarik dan harus difahami oleh semua orang. Namun, masih ada beberapa perkara yang saya tidak bersetuju dengan artikel itu:
"Salam abang lutfi,
Ya saya bersetuju bahawa tamadun Islam pasti sahaja mempunyai nilai-nilai tamadun yang lebih baik daripada tamadun Barat.Dan alasan yang abang berikan ialah tamadun Islam dibina bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.Hal ini tidak dinafikan kerana agama Islam itu sendiri memang universal dan ia kekal sepanjang zaman.Tapi yang tidak universal di sini bukan Islam,tetapi sejarah.
Kita tidak perlu melihat tamadun lain,cuba perhatikan tamadun Islam sendiri.Kegemilangannya tidak kekal kerana dalam sejarahnya itu ada peristiwa,individu,dan kelompak masyarakat yang melakukan perkara yang menyimpang jauh daripada ajaran Islam.Kerajaan Turki Uthmaniyah atau Melaka suatu masa dahulu memang hebat tapi akhirnya ia tetap runtuh.Yang salah di sini bukan Islam,tetapi mereka yang hidup pasa masa itu.
Saya sekali lagi menekankan bahawa sejarah itu memang boleh memberikan kita pengajaran.Tapi ia hanya sebagai sumber rujukkan bukan sumber definisi atau perancangan.Nilai-nilai yang terkandung dalam sejarah itu tidak universal kerana sejarah itu sendiri mengandungi tokoh-tokoh yang tidak bermoral dan juga masyarakat yang lemah.Kita tidak menafikan mereka yang pernah gemilang,tapi kita juga harus mengakui bahawa mereka tidak sempurna.Sumber utama rujukkan kita ialah ajaran Islam itu sendiri.Kita tidak perlukan sejarah untuk memberitahu siapa diri kita.Kita sendiri yang membuat keputusan,pada masa sekarang,berpandukan ajaran Islam yang sebenar."

Comments
suka point azriq: Islam tak ada salah, yang salah orangnya.