Ulasan Pembaca Soneta Roda Basikal
Pembacanya bernama Azizah Supardi dan saya kutip beberapa komentar yang dilakukan di blognya. Sesiapa yang ingin membaca keseluruhan tulisan Azizah Supardi tentang Soneta Roda Basikal boleh langsung ke sini.
* * *
18 November 2015
Buku ini memenuhi citarasa saya.
Gayanya mudah - catatan harian atau jurnal sang penulis dari tahun 2001 hingga 2014. Ada catatan yang ringkas, ada yang panjang penuh falsafah.
Saya dapat melihat perkembangan watak penulis catatan ini, daripada naif dan keanak-anakan menjadi matang dan dewasa. Empat belas tahun bukan waktu yang sekejap. Keterikatan dengan ibu, kekecewaan kerana putus cinta dengan Maisara kekasihnya, kekeliruan tentang hubungannya dengan Poe Mahadi yang menunggang basikal merahnya yang hilang, kemudian larut dalam pencarian dirinya; penulis melambakkan imaginasi, ilusi dan pemikirannya lewat petikan bacaan dan watak-watak yang ada dalam karya Proust.
Karya ini mengingatkan saya akan 'Hari-hari Terakhir Seorang Seniman' Anwar Ridhwan, yang watak Pak Hassan sudah tidak dapat memisahkan dirinya secara realiti dengan hidup dalam cerita-ceritanya.
Bezanya, penulis catatan ini tidak hidup dalam cerita Proust tetapi sering mengaitkan apa-apa yang berlaku padanya dengan kehidupan Proust itu sendiri.
Jujurnya, banyak pemikiran dan falsafah dalam karya ini yang berkait rapat dengan perjalanan hidup saya. Maka saya dapat rasakan emosinya dengan jelas. Dan ada bahagian-bahagian yang menjelaskan fikiran dan emosi penulis menyebabkan saya juga semakin faham dengan fikiran dan emosi saya. Benarlah kata penulis ini, "Manusia ialah makhluk yang tidak mampu memahami dirinya tanpa bantuan daripada dunia di sekelilingnya." (hlm 245)
Pendeknya, karya ini amat dekat dengan diri saya, oleh itu mendorong saya untuk menjadi lebih hidup.

13 November 2015
"3/9/2004
Poe terlupa untuk membawa masuk basikal merahnya ke dalam rumah ketika hujan lebat tadi. Esok paginya dia membuka tingkap bilik dan terkejut melihat basikal merahnya telah tumbuh menjadi sebesar bukit."
(Wan Nor Azriq, 'Soneta Roda Basikal', hlm 91)
Saya belajar menunggang basikal ketika berusia tujuh tahun. Ketika itu cuti sekolah dan saya di kampung sebelah ayah.
Basikal datuk itu besar dan mempunyai palang di tengah-tengahnya. Oleh kerana teringin sangat menunggang, saya terpaksa menyengetkan badan untuk berpaut pada palang itu.
Tidak, saya tidak terus pandai pada masa itu. Sekadar untuk merasa. Beberapa kali saya jatuh dan terus mencuba lagi.
Saya hanya dapat menunggang dengan baik apabila berlatih menunggang di kampung sebelah emak dengan bantuan sepupu-sepupu saya, dan dengan menunggang basikal chopper yang popular pada waktu itu.

Comments