Esei Simon Leys
Membaca Simon Leys ternyata menerangkan apa yang kita sudah tahu tentang Goenawan: dia adalah seorang penulis esei yang tulen. Simon Leys, sebaliknya, berada di belakang Goenawan, dan nampaknya, tidak akan pernah menulis sebagus Goenawan. Kenapa? Mudah: Leys bukan seorang penyair. Esei-eseinya adalah kuliah seorang pensyarah. Ya, seronok sahaja mendengar kuliahnya. Tetapi ada waktu saya ingin juga Leys berehat sekejap dan berbual ringan tentang kangaroo di Australia atau kopi kegemarannya.
Adakah sastera itu terlalu serius sampai esei pun harus bercerai daripada objek harian dan kata-kata sederhana?
Seseorang itu tidak semestinya menulis puisi untuk menterjemahkan kehidupan secara halus. Dalam diri kita, ada bahagian (kalau tidak keseluruhan) yang ingin bebas, dan menjadi sebahagian daripada semua benda. Itulah kepenyairan. Menulis esei tidak lebih daripada kerja kepenyairan berbentuk selfie. Dan, ironinya, ketika Leys melukiskan potret Andre Gide dalam esei berjudul Portrait of Proteus: A Little ABC of Andre Gide, Leys turut melukiskan potret terbaik seorang pengarang esei: "Dalam karya Homer, Odyssey (IV, 351), Proteus adalah tuhan pinggiran yang berpengetahuan tinggi dan mampu mengubah-ubah bentuk apabila disoal. Hanya dengan menekannya kembali ke bentuk asal baru dia boleh memberikan jawapan." Malangnya, Simon Leys bukan Proteus seperti Gide (atau Goenawan). Simon Leys hanya seorang Simon Leys.

Apabila kita menulis fiksyen setiap hari, selalunya, pandangan kita akan menjadi kabur terhadap dunia kesusasteraan itu secara keseluruhan. Sebab itu saya membaca esei; saya ingin menjernihkan kembali mata saya. Dari segi itu, The Hall of Uselessness adalah ubat Eyemo yang berkesan. Walaupun sementara sahaja.
Comments