Perbualan Bersama Saat Omar
Saat Omar |
Seorang novelis tidak lahir dan membesar bersama tubuhnya: dia lahir kemudian di pertengahan usia. Barangkali ada bahagian daripada dirinya harus mati terlebih dahulu sebelum dia dapat bangkit sebagai seorang novelis. Malah saya percaya dia harus mati berulang-ulang kali untuk sentiasa bergerak ke depan dan menghasilkan novel baru. Saat Omar sehingga kini telah menghasilkan tiga buah novel dan sedang berada di peretengahan usianya. Ketika saya menemuinya di Subang Jaya, dia kelihatan tenang menceritakan proses penulisannya, dan dia turut berbaik hati untuk menunjukkan kepada saya beberapa buku nota sekolah yang dia gunakan sebagai contengan idea. Melihat buku-buku nota ini, ia memberi gamabaran kepada saya bahawa Saat Omar adalah novelis yang belum berhenti belajar dan masih sedang mencari jalan-jalan baru untuk diterokai. Jalan-jalan idea untuk novel seterusnya barangkali.
* * *
AZRIQ: Kau ingat lagi masa kita mula jumpa dulu?
SAAT: Ya, ya. Bengkel Penulisan Zaharah Nawawi. Apa nama hotel bengkel tu guna?
A: Mandarin Court. Macam mana kau boleh tahu pasal bengkel tu?
S: Aku pun tak berapa ingat. Aku kekok lagi masa masuk bengkel sebab aku yang paling tua antara semua orang. Dan Zaharah Nawawi pun garang orangnya. Malah aku tak sangka dia akan baca cerpen aku dalam bengkel. Aku main hantar saja. Jadi bila dengar dia baca, aku terfikir, kenapa aku tulis macam ni? Aku boleh buat lebih baik.
A: Aku masa itu sudah bengkel kedua dengan dia. Selepas selesai bengkel, macam biasalah, aku akan hantar cerpen kepada dia, dan kemudian berbalas email. Tapi bimbingan itu tidak lama sebab dia agak mengawal penulisan bagaimana aku nak bawa. Kau sendiri mengajar kan di Uitm? [Saat adalah pensyarah teater.] Pendekatan bagaimana kau bawa dengan pelajar?
S: Oh, aku bukan seorang pensyarah yang tegas dan serius. Di luar pun aku beginilah juga. Aku cuba nak kawal peribadi aku, tapi tak bolehlah. Engkau adalah apa diri kau. Kadang-kadang aku ada terlepas cakap dalam kelas, tapi aku fikir, pelajar sekarang sudah bijak. Pada first-impression pun, mereka sudah tahu kita ni macam mana: pensyarah tegas atau tidak.
A: Kebanyakan daripada pelajar kau mempunyai keghairahan tak dengan bidang yang mereka ambil?
S: Tak, tak. Sebab tu derita juga mengajar mereka (ketawa). Aku fikir pelajar sekarang ada dua jenis: sama ada dia bijak atau dia memang tak minat. Kalau yang bijak tu, sebenarnya, dia lebih bijak daripada pensyarah, dan lebih terbuka daripada pensyarah. Inilah generasi YouTube dan Facebook. Mereka akan mudah membuat perbandingan.
A: Kau seronok tak mengajar?
S: Ada masa seronok dan ada masa tak seronok. Kalau hari kerja, ia akan bergantung pada kelas juga. Kalau kelas aku mengajar berlangsung dengan baik, maka aku balik pun seronok. Kemudian dalam satu semester itu pun ada fasa-fasanya. Katakan satu semester ada empat belas minggu. Di minggu-minggu awal itu akan seronok, tapi bila sudah sampai di tengah, pelajar akan mula tegang dan lesu, dan sebab itu aku harap di hujung semester akan ada konklusi yang baik. Sebenarnya mengajar ni... masih mencabar buat aku kerana aku masih mencari cara nak mempengaruhi pelajar. Ia bukan senang.
A: Aku ada hadiri suatu forum baru-baru ini di UiTM sebagai salah seorang ahli panel. Tak ramai pelajar datang, kecuali pelajar fakulti, sebab konvokesyen sedang berlangsung. Pada mulanya, ketika majlis berjalan, aku ingat mereka yang ada di dalam dewan itu tidak berminat dengan topik forum [Masa Depan Sastera Melayu]. Tapi ketika sesi soal-jawab, ramai yang bangkit bertanya atau memberikan pendapat. Rata-ratanya aku tengok adalah peminat buku indie. Bagaimana dengan pelajar kau? Mereka baca buku Fixi atau Lejen?
S: Mereka baca. Tapi mereka tidak kenal siapa aku (ketawa). Ada satu kisah lucu waktu aku menjual buku yang aku terbitkan sendiri. Datang seorang pelajar ni. Dia kata kepada aku, Oh Encik Saat jual buku ya? Kemudian dia pergi dan datang semula membawa lima buah buku. Semuanya ditulis oleh Nami. Itulah, aku rasa tidak ada seorang pun pelajar yang baca buku aku.
(ketawa)
A: Kau menulis untuk arus perdana dan juga indie. Mana antara dua ni yang kau lebih selesa?
S: Amir Muhamad pun ada tanya soalan tu, tapi sampai sekarang aku masih tak boleh jawap. Contoh aku boleh bagi ialah ia seperti tidur di rumah mak mertua dan tidur di rumah sendiri. Di rumah mertua kau kena controll sikit, tapi masih juga menarik, masih boleh juga tinggal di situ. Jadi mana satu rumah lebih selesa memang tak ada jawapan sebab dua-dua boleh.
A: Jadi yang rumah emak mertua itu rumah arus perdana atau indie?
(ketawa)
S: Arus perdana.
A: Selalunya pembaca Malaysia apabila mereka fikir tentang novel arus perdana, mereka akan nampak novel sejarah. Seolah sudah menjadi tradisi wajib untuk novelis arus perdana mencipta novel sejarah. Kau sendiri rasa macam mana? Sebab kau pun sudah tulis novel sejarah.
S: Aku minat sejarah... tapi masalah nak tulis novel sejarah ialah kena buat penyelidikan yang gigih. Sebagai contoh, novel Garden of Evening Mists. Aku suka novel tu sebab ia mempunyai penyelidikan yang bagus. Antara kekurangan novel tempatan - mungkin aku sendiri juga - ialah tiadanya penyelidikan. Masing-masing fikir nak siap cepat dan nak terbit cepat. Selalunya penulis tidak berminat dengan penyelidikan kerana mereka tidak mahu dikongkong, tapi aku tidak rasa betul benda tu. Tidak kisahlah dia tulis novel sejarah atau tidak. Tengok Chuck Palahniuk. Dia memang akan buat homework sebelum memulakan sebuah novel, tapi orang tidak kata dia tulis novel sejarah kan?
A: Amanah Terakhir ialah novel pertama kau?
S: Ya. Aku hantarnya untuk bengkel perolehan manuskrip selepas Sayembara 50 Tahun DBP. Manuskrip asal yang diedit oleh editor dewan sangat banyak sampai aku tidak boleh baca langsung. Jadi aku telefon editor dan aku kata kepada dia, "Bagi saya masa sebab saya nak tulis semula." Dia pun terkejut (ketawa). Lepas enam bulan baru siap. Aku tulis semuanya dengan disket dan Window lama. 93? 95? Tapi novel ini memang paling peribadi dengan aku. Ingatkan aku kepada kampung. Malah aku bayangkan ia lebih kurang macam Banggul Derdap.
A: Aku pula lebih terbayangkan Kampung Kambing ketika membaca novel kau.
S: Oh ya?
A: Watak kau dalam novel ini banyak dan ada waktu sudut pandang bertukar-tukar antara watak. Sekejap orang tua; sekejap orang muda. Tidak tertumpu pada Haji Muluk semata-mata. Sesuailah dengan idea asas novel ini tentang kedatangan UFO ke sebuah kampung.
S: Sebenarnya aku tulis novel ini sebab aku inginkan seorang watak yang bijak. Satu benda yang kurang dalam lapangan seni di Malaysia sekarang adalah watak yang bijak. Maksud aku bijak di sini ialah kepintaran seseorang untuk mempengaruhi orang lain bagi mendapatkan apa dia inginkan, sama ada baik atau buruk. Kalau di TV sekarang, watak ini adalah ibarat Walter White dalam Breaking Bad. Itu aku cuba tulis.
A: Satu hal menarik tentang orang Melayu ialah manusia bijak ini tidak semestinya intelektual. Boleh saja jadi pak cik atau mak cik di kampung. Atau tok imam. Mana-mana kampung kita pergi pasti akan ada seorang tokoh kampung yang berpengaruh dan menjadi tempat untuk semua orang mendengar nasihat. Macam dalam novel kau, orang itu ialah Haji Muluk di Kampung Wahyu.
S: Aku memang tidak mahu watak Haji Muluk dibaca secara tipikal watak imam Melayu yang pandai berhujah dan berkhutbah. Ia berbeza dengan imam dalam novel Abdullah Hussain yang pandai berwacana dan berhujah. Haji Muluk bukan macam tu sebab aku pun bukan macam tu.
A: Di bahagian dedikasi novel ini kau ada sebut Kampung Permatang Pelanduk dan Kampung Bahagia. Ini tempat kau membesar ke?
S: Permatang Pelanduk ialah tempat opah, mak dan ayah aku membesar. Aku sendiri ada juga pengalaman di situ. Mak ayah aku dulu kerja di sawah macam suami isteri dalam novel Shahnon. Tapi ketika aku menulis, aku tidak mahu sangat bermain dengan imej-imej sawah ni, sebab aku tidak mahu dibayangi oleh Shahnon. Jadi, walaupun novel aku tentang hidup di kampung, ia sebenarnya ditulis oleh lelaki di bandar, atau lelaki bandar yang pernah membesar di kampung. Sementara Shahnon... kalau kau baca deskripsi dia pasal jenis-jenis ikan pun kau sudah impress! Jiwa kampung memang sangat kuat dalam Shahnon.
A: Antara tiga bahagian dalam Amanah Terakhir, aku paling suka bahagian II tentang budak bernama Amir dan kawan-kawan dia. Ringkas saja bahagian ini kalau nak dibandingkan dengan bahagian I yang sangat panjang. Tapi terasa hidup lukisan suasana. Kau rasa dekat tak dengan budak ni?
S: Dekat jugalah. Sebab di luar kawan-kawan panggil aku Amir. Entah datang mana nama itu aku pun tak tahu. Tapi ia ada kaitan dengan Kampung Bahagia. Ia tempat aku mula mengaji agama. Ia adalah rutin di sebelah malam. Semua budak memang kena mengaji. Imej itu aku bawa ke dalam novel ini melalui Amir dan kawan-kawan dia.
A: Macam mana kau dapat nama Kampung Wahyu?
S: Huh, aku selalu memang ada masalah nak bagi nama tempat. Jadi mungkin aku tidak fikir panjang sangat ketika mempertimbangkan nama Kampung Wahyu itu. Lagipun nak pilih nama untuk kampung memang susah bagi aku.
A: Tapi nama Kampung Wahyu itu sangat sesuai dengan kedatangan UFO yang seolah-olah membawa wahyu.
S: UFO itu penting sebab itulah idea asalnya, 'Apa akan jadi kalau UFO datang ke sebuah surau di kampung?' Imej dan idea itu aku suka. Apakah masalah akan berlaku di Kampung Wahyu? Adakah ia akann jadi lebih terkenal? Dan seingat aku, niat aku asalnya hanya nak buat cerpen, tapi ia kemudian berkembang dengan sendirinya.
A: Ia bukan fiksyen sains?
S: Ia bukan fiksyen sains walaupun orang mungkin akan fikir ia fiksyen sains sebab adanya UFO di situ. Mungkin aku sengaja nak buat orang keliru. Kemudian aku ada tertanya-tanya, 'Kenapa UFO tidak pernah datang Malaysia?' Selalu kan kita nampak simbol UFO itu di atas ladang gandum di Amerika. Jadi apa bezanya dengan sawah? Kenapa tidak boleh ada UFO di sawah?
A: Saifullizan Tahir kata dia lebih suka rewrite daripada proses menulis itu sendiri.
S: Amanah Terakhir tidak melalui banyak proses rewrite. Penerbit pun asyik tekan aku. Mungkin kalau diberi lebih masa, akan lebih baik. Jadi betullah apa Ridhwan Saidi kata, "Kena banyak buat rewrite baru karya akan okay." Hari tu siapa yang tag aku tentang budak kecik yang tanya penulis besar tentang makna simbol-simbol dalam teks? Kau ke?
A: Fadli rasanya.
S: Dalam novel aku ini pun ada benda aku cuba sembunyikan. Tapi apabila sampai ke tangan penerbit, memang hancur. Kalau kau perasan, novel ini ada dua puluh empat bab, dan aku sebenarnya ingin susun permulaan setiap bab mengikut urutan menaik abjad A-Z. Tujuan aku cipta kod rahsia ini - kalau ia masih rahsia - ialah untuk mencadangkan kepada pembaca siapakah yang bakal menjaga surau Haji Muluk? Amir atau Zaiton?
A: Bila timbul keinginan dalam diri kau nak jadi seorang penulis?
S: Aku membesar membaca komik Gila-Gila. Pernah ada juga cita-cita nak jadi seorang kartunis. Tapi buku yang betul-betul goncang otak aku adalah The Stranger oleh Albert Camus. Aku mula membacanya pun agak lewat. Selepas aku tamat universiti. Satu tahun itu aku tidak kerja dan duduk rumah saja. Aku tinggal di Tapah, tapi perpustakaan awam ada di Teluk Intan. Jauh juga nak pergi. Perpustakaan awam ini terkenal sebab ada seorang pustakawan yang garang dan ditakuti. Pernah sekali aku dihalau kerana pakai seluar pendek. Hmm, kenapa ya aku pakai seluar pendek masa tu? Aku pun tidak ingat. Buku The Stranger yang aku jumpa itu adalah dalam bahasa Melayu. Nak cari sekarang memang tidak akan jumpa. Entah siapa penterjemahnya. Aku baca dahulu bahagian pertama. Habis. Kemudian aku turun ke pasar malam dekat rumah aku. Masa tengah berjalan di situ aku terfikir, 'Wah, sial buku ni!' Ia buat aku berfikir tentang kewujudan. Ia aku berfikir, 'Oh, manusia jenis apakah aku ni?' Dan di saat itu aku sedar... aku sedar yang kata-kata boleh menghiris hati kau. The power and beauty of words! Permulaan novel itu saja ("Emak mati hari ini") sudah cukup memberi kesan kepada aku. The Stranger mungkin adalah buku berat pertama yang aku berani cuba baca. Aku cuba cari kemudian buku yang boleh memberikan kesan sama, tapi tidak ada. Hanya selepas aku membaca Marquez baru aku rasa kesan baru. Tapi ia masih lain, kerana One Hundred Years of Solitude lain daripada The Stranger.
A: Aku baca The Stranger pun waktu zaman universiti. Nipis saja novel ini, tapi sangat susah nak habiskan, sebab ia serap emosi aku. Aku habis membacanya rasa tertekan sebab dunia yang Camus cipta - serta bahasanya - sangat tidak beremosi.
S: Formula Camus dalam novel ini mudah saja: dia ambil watak utama dan suruh dia buat benda jahat; kemudian dia tanya balik kepada pembaca, "Adakah ini engkau?"
A: Penulis Malaysia ada tak yang dekat dengan kau?
S: Adalah beberapa: Shahnon, Ridhwan, Saifullizan. Tapi masa aku budak dulu, penulis yang aku suka adalah Nora. Tapi siapa yang baca Nora sekarang? Aku pelik... aku pelik kenapa nama dia tidak diangkat? Cerpen dia bagus. Gaya bahasa dia pun hampir sama dengan Shahnon. Dan kelucahan dalam cerpen Nora ini boleh tahan juga. Dia memang patut diterbitkan semula. Selain itu aku pun suka tulisan bukan fiksyen yang muncul di blog. Macam Lucius Maximus. Aku rasa dia penulis sukan terbaik di Malaysia.
A: Ahmad Kamal?
S: Oh, Ahmad Kamal. Aku pernah bagi dia lima bintang di Goodreads.
(ketawa)
S: Ahmad Kamal ni lebih dekat dengan Gibran. Apabila dia tulis tentang awek dia pun, kau rasa macam ada di sebelah dia di atas katil.
A: Aku bayangkan masa kau tulis Seronok, kau memang sangat enjoy prosesnya berbanding Amanah Terakhir.
S: Oh itu mesti. Antara kepuasan menulis ialah rasa keseronokan itu. Pada asalnya aku menulis Seronok untuk menceritakan tentang hubungan suami isteri. Apabila pasangan kau tidak boleh lagi bersama kau, apa kau nak buat? Katakanlah seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan dan kemudian dia mendapati yang isteri dia tidak boleh masak atau tidak suka mengemas rumah. Apa dia nak buat? Rasanya ia bermula sebagai idea serius, tetapi sebagai penulis, apabila kau sudah bosan dan terperangkap, kau cuba mencari jalan keluar. Maka jalan keluar itu adalah komedi.
A: Permainan gender dalam Seronok memang menarik bagi aku kerana setiap watak gender melanggar tanggapan awal kita terhadap mereka. Si perempuan mungkin asalnya kelihatan seperti suri rumah, tapi rupa-rupanya adalah peminat Chekhov; pembaca tegar blog Ahmad Kamal; dan mempunyai nafsu seksual yang sadistik. Sementara watak-watak lelaki berkelakuan lebih macam perempuan berbanding lelaki.
S: Dari dulu, aku selalu hairan bagaimana pengarah-pengarah filem yang normal selera seksual mereka, boleh hasilkan filem-filem gay. Wong Kar-wai hasilkan Happy Together; Ang Lee hasilkan Brokeback Mountain. Aku hairan, aku hairan. Aku terfikir, 'Kau bukan homoseks tapi kenapa kau nak buat filem homoseks?' Namun apabila aku menulis Seronok aku mula faham niat mereka. Sebagai penulis kau berminat nak mengkaji benda baru yang kau tidak akan fikir sebelum ini. Kau tidak fikir kau akan menjadi gay. Walaupun meremang juga bulu roma semasa menulis (ketawa). Menarik bagi aku. Mungkin sebab itu Wong Kar-wai buat Happy Together. Dia nak mengkaji seksualitinya.
A: Adakah penting gender untuk suatu hubungan itu bahagia?
S: Cinta dan seks adalah dua benda berbeza. Sebelum aku kahwin, aku pernah tanya kawan aku: "Kalau suatu pasangan itu melakukan seks setiap hari, pasti mereka seronok, tapi kenapa mereka masih bercerai?" Kemudian aku baru faham yang cinta dan seks tidak semestinya hadir secara bersama.
A: Amirul adalah seorang penyiasat peribadi dalam novel ini. Memang kau rancang nak ia jadi sebuah novel penyiasatan?
S: Tak juga. Itu datang kemudian. Asalnya, macam aku kata, ia adalah cerita tentang suami isteri. Lagipun... aku adalah penulis yang perlahan. Sebenarnya Seronok sudah siap daripada bulan lima tahun lepas. Dalam satu hari aku hanya boleh tulis satu atau dua halaman saja. Tidak boleh lama. Salman Rushdie kata dia menulis satu hari enam jam. Tapi aku satu hari dua jam sudah cukup.
A: Kau tulis dengan tangan dulu atau terus menaip di atas komputer?
S: Draf pertama mesti dengan tangan. Apabila sudah berpindah ke komputer, mungkin masa itu suda draf kedua. Dan aku tidak ada masalah menulis pada hari kerja. Asalkan bukan siang hari. Aku percaya semakin lama kau menulis sebenarnya semakin susah proses tersebut.
A: Kau seronok tak apabila melukis? Atau lebih puas menulis?
S: Aku pernah tanya Pak Agi soalan sama. Jawapan dia mengejutkan aku. Katanya dia lebih puas melukis daripada menulis. Aku sendiri lebih seronok menulis. Tapi kalau sudah mula melukis, memang akan layan benda itu saja buat sementara. Macam tulis puisi jugalah. Dulu aku pernah menulis puisi, tetapi sekarang aku sudah berhenti.
A: Kau sudah tulis tiga buah novel dan ada perbezaan antara setiap satu novel kau. Ada risau suatu hari nanti penulisan kau akan menjadi kaku?
S: Aku tidak pernah fikir macam itu. Walaupun aku tahu orang akan nampak jurang besar antara Amanah Terakhir dan Seronok. Aku buat apa yang aku rasa nak buat saja. Selepas ini mungkin aku akan terbit novel kanak-kanak pula. Itu sudah cubang lain daripada Seronok kan? Aku juga percaya seorang penulis itu sentiasa ada plan jangka panjang dalam hidupnya. Ini berbalik kepada Albert Camus. Selepas terbit The Stranger, dia terbitkan The Myth of Sisyphus sebagai idea sokongan. Dia mesti sudah rancang semuanya dari mula.
A: Kau perasan tak novel-novel kau bermula dengan "Assalamualaikum."? Adakah itu ritual atau saja nak bina identiti?
S: Betul ke? Aku pun tidak ingat Amanah Terakhir ada "Assalamualaikum." (ketawa). Mungkin itu percubaan aku untuk membina identiti di permulaan sebuah novel. Semua penulis ada cara membina identiti peribadinya.

Comments