Jiran-Jiran Penulis Goncalo M. Tavares

Lakaran Goncalo M. Tavares


It is a neighborhood of strange, paradoxical, logical, or ultra-logical characters—very anguished or very playful. There is something about the spirit of the names themselves that gave life to the characters that inhabit my stories. I gave the name of a writer to a character, just as you might give the name of a writer to a street. There are various “Misters” who I visualize as possible characters, playful characters. Among those, Mister Kafka, Mister Pessoa, Mister Proust, etcetera.

I’m accustomed to saying that we don’t want the street to resemble the writer, but there is a link. In the first place, nothing is biographical. The characters are fictional and autonomous, they go down their own paths. But obviously, there is a link, even if it’s small, in the themes or the tones or the logic of the writing.
- Goncalo M. Tavares

Saya fikir, apabila seseorang itu telah membaca dengan sangat banyak, dia akan membina dan membawa sebuah bandar dalam dirinya. Barangkali itu yang berlaku kepada seorang penulis Portugal bernama Goncalo M. Tavares yang membangunkan sebuah pekan kecil dengan penghuninya terdiri daripada penulis-penulis terkenal: Kafka, Musil, Calvino, Walser, Valery. Ya, buat masa sekarang, ia masih sebuah pekan (dan setiap rumah penulis boleh dibaca sebagai sebuah cerpen) seperti yang terkumpul dalam bukunya berjudul The Neighborhood. Tetapi tidak mustahil ia akan berkembang menjadi sebuah bandar. Atau bagaimana kalau sebuah planet? Encik Tavares (penulis buku ini suka memanggil watak-wataknya "encik" seolah-olah mereka adalah penghuni rumah orang tua) turut melihat cerpen-cerpennya sebagai esei tentang kesusasteraan. Ini ialah bentuk kritikan (dan penulisan novel) yang saya bayangkan akan berlaku apabila di abad akan datang, jumlah penulis semakin bertambah, dan sebuah planet tidak lagi cukup untuk menawarkan rumah buat semua orang. Jadi, di waktu itu, penulis dan pengkritik akan sama-sama duduk semeja untuk melakar peta galaksi kesusasteraan. Dengan kejamnya juga, saya rasa, penulis dan pengkritik di masa depan itu akan melelongkan mana-mana rumah milik penulis yang tidak lagi dapat membayar sewa elektrik, air, dan bil internet bagi mendapatkan perkhidmatan percuma Facebook dan Twitter. Malangnya. 
   

Comments

Popular Posts