Memperkenalkan Penyair Kay Ryan



Tidak ada ramai penyair wanita yang hebat di Malaysia dan juga dalam sejarah kesusasteraan dunia itu sendiri. Di blog Fadli Al-Akiti saya ada berbual pendek dengannya tentang hal ini, dan Fadli menyebutkan beberapa nama penyair wanita kita: Zurinah Hassan, Siti Zainon, dan Siti Zaleha M. Hashim. Adakah nama-nama ini penyair hebat? Ya, sudah tentu. Tetapi suara mereka ialah suara lama. Bahasa puisi mereka ialah bahasa lama. Ya, lama bukan maksudnya tidak bagus. Tapi lama maksudnya ia sudah tidak lagi segar di telinga generasi sekarang. Ia tidak mewakili suara emosi generasi sekarang. Cuba bandingkan suara puisi tiga orang penyair ini dengan Shaira Amira dan kita akan nampak perbezaannya.

Emily Dickinson ialah penyair wanita terbaik dalam sejarah kesusasteraan dunia; malah dia lebih hebat daripada penyair-penyair lelaki senegaranya seperti Robert Frost dan Wallace Stevens. Di Amerika sekarang, penyair wanita yang telah menjadi pengganti kepada Emily Dickinson ialah Kay Ryan. Seperti Dickinson, sajak Kay Ryan berbentuk pendek, padat, ada penekanan yang kuat pada suatu imejan, humor, dan kilatan fikiran yang tajam. Dalam entry akan datang saya akan membicarakan dengan lebih dalam tentang seni penulisan puisinya. Saya tinggalkan dahulu pembaca dengan wawancara Kay Ryan bersama Charlie Rose





Comments

fadz said…
hehe, menarik ni! Saya terus-terang tidak mahu memperkatakan ttg puisi (oleh sebab itu saya bisu dalam entri saudara) kerana saya buta puisi..

tetapi baru2 ini, saya duduk berbual dgn saudara Lutfi, agak menarik.. beliau menyatakan dengan pendirian teguh, bahawa kenapa "suara alternatif urban" seperti "saya" dan golongan "sufian abas" (ini termasuk Shaira kan?) tidak akan diterima atau tidak mewakili "suara majoriti" masyarakat, kerana secara luasnya, masyarakat Malaysia ialah golongan rendah-menengah yang kebanyakannya di kampung2 dan desa2 yang mana adat, perilaku mereka tetap konvensi dan konservatif, tersilang dengan nilai-nilai agama yg kuat.. Suara2 "baharu", urban (bagi saya segar lah) tidak "mewakili" mereka lantas tidak mendapat "tempat" dan hanya diraikan di kawasan bandar sahaja..

bagaimana kata tuan?
Wan Nor Azriq said…
ini soalan yang serius.

agak panjang penjelasannya.jadi saya perlu tulis entry baru untuknya.nanti saya postkan di blog ini.

Popular Posts