Dialog Orang Muda (Suatu Renungan Kembali)
Di depan saya di atas meja ialah novel Virginia Woolf To The Lighthouse yang saya pertama kali membaca dua tahun lepas. Sehingga ke hari ini, saya sudah berulang-ulang kali membacanya, dan tidak pernah jemu, dan tidak pernah merasakan yang ini ialah sebuah teks feminisme atau teks seorang penulis perempuan yang ditulis hanya untuk pembaca perempuan. Ia adalah novel sastera. Dan seperti mana-mana karya sastera yang bagus, ia merentas jaringan gender. Ia merentas jaringan waktu dan budaya dan politik. Ia menepati apa yang disebut oleh Ernest Hemingway bahawa dalam sastera itu tidak ada kiri atau kanan (atau tidak ada lelaki atau perempuan), yang ada hanyalah karya sastera yang bagus dan tidak bagus.
Sehingga kini kita masih ada kecenderungan untuk membahagikan sastera itu kepada Timur dan Barat. Seolah-olah orang yang di Timur hanya menulis untuk orang yang di Timur. Dan orang yang di Barat hanya menulis untuk orang yang di Barat. Seolah-olah sastera itu hanya bersifat perkauman atau agama atau negara. Seolah-olah sastera itu, yang merupakan karya seni, hanya dicipta untuk memenuhi kepentingan sosial di tempat ia dilahirkan, dan bukan sebaliknya untuk manusia sejagat, dan kehidupan itu sendiri. Kita lihat sahaja attitude para penulis kita di majlis Dialog Orang Muda baru-baru ini apabila mereka dengan megah sekali menendang ke tepi sastera Barat (Virginia Woolf misalnya) seolah-olah ia adalah anjing kurap yang akan membuatkan pembaca kita dijangkiti penyakit gila seks, penyakit gila ranjang, penyakit gila Id, penyakit gila Barat. Virginia Woolf dicaci kerana dia suka merungut tentang dilema dalaman penulis wanita. Tetapi penulis yang mencaci itu pernahkah betul-betul membaca novel-novel Virginia Woolf? Atau hanya sekadar membaca A Room One's Own dan dari situ membuat kesimpulan yang Virginia Woolf ini seorang pejuang feminisme? Sudahkah penulis itu lupa yang Virginia Woolf itu pengikut Walter Pater dan William Hazlitt dan Michel de Montaigne dan James Joyce yang merupakan pejuang sastera sebagai seni kehidupan? Sudahkah penulis itu lupa, atau buat-buat tak tahu, yang Virginia Woolf itu sebenarnya ialah penyair dan pencinta bahasa? Penulis itu nampaknya lebih suka tinggal di hutan kejahilan bersama tentera-tentera penulis wanita Melayunya daripada duduk secara aman bersama penulis-penulis dunia walaupun jika penulis dunia itu telah memberi sumbangan yang penting kepada perkembangan tradisi sastera. Dan barangkali penulis itu juga sudah lupa tentang bagaimana Azmah Nordin itu mencuri inspirasi penulisannya daripada karya-karya Virginia Woolf. Dalam sastera, memang bukan menjadi kesalahan jika seorang penulis itu mencuri inspirasi daripada karya penulis lain. Shahnon Ahmad misalnya mencuri daripada karya Faulkner dan Marquez. Tetapi, selepas Shahnon mencuri, dia membenamkan hasil pencuriannya itu dengan dalam supaya apa yang kita nampak di permukaan karyanya ialah gaya penulisan Shahnon Ahmad. Ini berbeza dengan Azmah Nordin. Dia ialah seorang pencuri sastera yang amateur. Kita nampak Virginia Woolf dalam semua novelnya. Ini berlaku mungkin kerana bakatnya yang rendah. Mungkin kerana dia sahaja malas nak melawan roh Virginia Woolf. Atau mungkin dia terlalu sibuk mengangkat isu wanita sehingga lupa yang dia adalah seorang penulis, dan tanggungjawabnya paling utama sebagai penulis ialah kepada sastera. Penulis macam inikah kita ingin angkat sebagai sasterawan negara?
Sekali pandang, pembaca mungkin merasakan yang saya hanya menekankan aspek seni semata-mata. Tidak, bukan begitu maksud saya. Setiap penulis berhak menulis apa-apa subjek yang dia inginkan. Kalau nadi perjuangan seninya ialah isu wanita, maka silakan sahaja tulis. Tetapi, pada masa sama, saya juga percaya bahawa seorang penulis itu tidak memilih subjek penulisannya, tetapi subjek itu yang memilihnya. Rebecca Ilham di majlis Dialog-Dialog Orang Muda menyatakan bahawa penulis wanita tidak boleh lagi menulis isu-isu yang "remeh" tapi sebaliknya mesti mengangkat tema-tema besar seperti penulis lelaki. Dalam kata mudah, penulis wanita mesti menampakkan sosok intelektual. Dan, ya, itulah yang dilakukan oleh Rebecca dan Nisah Haron dan Mawar Shafie dalam karya-karya mereka. Mawar masih lembut dan indah gaya bahasanya walaupun, seperti Nisah dan Rebecca, ada waktunya menjadikan cerpen-cerpenya itu bersifat kosmopolitan semata-mata. Antara tiga orang ini, Rebecca ialah yang paling kering gaya bahasanya seolah-olah dia telah mengasingkan terus minda dan perasaan, atau intelektual dan seni, dalam penulisannya. Rebecca, yang ingin nampak intelektual seperti kebanyakkan penulis fiksyen di Malaysia sekarang, telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang seniman. Asalkan idea cerpen bagus, maka tidak kisahlah jika gaya bahasa hanya ibarat bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke bahasa Melayu.
Masalah penulis wanita di Malaysia ialah bukan kerana mereka tidak intelektual atau tidak cukup alim atau tidak ada idealisme perjuangan yang besar. Lihat sahaja karya Zaharah Nawawi, Fatimah Busu, dan Siti Zainon. Isi perjuangan mereka itu besar dan boleh kata sama hebat dengan penulis-penulis lelaki. Tetapi bagaimana dengan kualiti seni karya mereka? Adakah adil untuk mengatakan yang Fatimah Busu dan Zaharah Nawawi itu novelis yang lebih hebat daripada Shahnon Ahmad hanya kerana mereka memperjuangkan isu wanita? Sudah tentu tidak. Bolehkah Zaharah Nawawi menulis novel sehebat Ranjau Sepanjang Jalan atau Tunggul-Tunggul Gerigis walaupun nasib wanita tidak diangkat dalam kedua-dua novel itu? Sudah tentu tidak. Bolehkah Fatimah Busu menulis novel sehebat Salina dan Sungai Mengalir Lesu walaupun wanita-wanita dalam kedua-dua novel itu ialah pelacur? Sudah tentu tidak. Sebuah novel ialah sebuah novel. Sebuah karya sastera ialah sebuah karya sastera. Isu perjuangan penulis ialah sesuautu yang subjektif dan tertakluk kepada pengalaman hidup penulis itu. Kita tidak boleh nak salahkan Shahnon Ahmad jika dia lebih mengutamakan perjuangan politiknya berbanding nasib wanita. Dan kita juga tidak boleh nak nafikan yang Shahnon telah memberikan sumbangan penting kepada tradisi penulisan di negara ini melalui kekuatan imaginasi dan gaya bahasanya. Inilah yang harus direnungkan oleh para penulis wanita kita iaitu tanggungjawab mereka sebagai seniman dalam memajukan tradisi penulisan sastera kita.

Comments
Rasa saya ahli panel tempoh hari -- spesifiknya Sri Rahayu Mohd Yusop -- tidak menendang ke tepi karya-karya Virginia Wolf. Sebaliknya yang ditendang ke tepi, adalah sikap berkeluh-kesahnya, atau mengikut ungkapan Sri Rahayu sendiri, sikap "mengadu-domba" tentang kesukaran pengarang wanita. Sri Rahayu tidak menyatakan secara spesifik adu-domba yang manakah yang dimaksudkan, tapi boleh saja kita andaikan kumpulan eseinya A Room of One's Own itu.
Daripada apa yang saya mengerti, Sri Rahayu menegaskan bahawa tugas pengarang wanita adalah mengarang serta menghasilkan karya-karya fiksyen (novel, cerpen, atau sajak) yang tinggi mutu seninya, dan jangan asyik menulis tentang keluh-kesah pengarang wanita sahaja tentang ketiadaan ruang menulis dan/atau ketiadaan waktu menulis disebabkan kekangan jantina.
Beliau tidak pun menyentuh aspek karya-karya fiksyen Virginia Woolf (tapi tak tahulah pulak kalau selepas saya beredar ada disentuhnya), justeru secara tak langsung, beliau juga tidak menolak karya-karyanya.
p/s: Saya tidak bersetuju dengan penolakan terhadap karya Ayu Utami dalam dialog tempoh hari. Walaupun saya sendiri tidak menyukai karya Ayu Utami, tetapi saya merasakan asas penolakan yang dinyatakan tempoh hari sama-sekali tidak ada basis -- katanya karya itu berbaur seksual, sedangkan kalau dibaca karyanya, tidak pun begitu sebenarnya. Lantas saya jadi tertanya-tanya, adakah pihak yang mempersoalkan tersebut sebenarnya sudah membaca karya-karya Ayu Utami, atau sekadar membaca review semata-mata dan kemudian dengan megahnya mengisytiharkan bahawa karya itu karya seksual yang melanggar norma masyarakat timur.
Nampaknya kata-kata saya yang sekejap muncul dalam perspektif anda memberi suatu kesan yang menjengkelkan.
Hmm. Karya pengarang wanita yang anda sebutkan tidak sehebat pesaing lelaki. Tapi ikut kaca mata siapa? Anda seorang lelaki yang dibesarkan dan dididik dengan semua agensi masyarakat yang menyokong kelelakian anda? Atau ikut kaca mata sastera yang didominasi pandangan dunia lelaki? Sesungguhnya jika seseorang itu membaca sesuatu akan memakai pandangannya sendiri yang dipengaruhi oleh jantinanya/ gendernya.
Dan sememangnya orang lelaki akan mempunyai keyakinan lebih tinggi untuk menyatakan pendapatnya berbanding dengan wanita, jarang berkompromi dan mengambil jalan tengah. Itu adalah anda sebagai lelaki.Maka terhasil entri anda ini.
Mungkin saya perlu sokong Virginia Woolf kali ini. Beliau memang betul untuk mengadu-domba. Walaupun saya wanita, saya tetap tak suka Ayu Utami punya 'Saman'. Ia jijik dan menghina.
Tentang tendang sastera Barat ke tepi itu saya merujuk kepada Sri Rahayu dan juga ahli panel lain serta para penonton.Rata-ratanya menolak dengan mentah karya Barat hanya atas dasar budaya dan teori kritikan tanpa mengambil kira soal seni karya yang ditulis.
Sama juga halnya dengan novel Saman.Ia ditolak atas dasar seksual dan budaya.Padahal,macam awak kata Aidil,unsur seksualnya memang ringan.Lagipun,siapalah kita nak menghukum budaya bangsa lain? Kalau mereka selesa berbincang soal seks secara terbuka,itu hak mereka.Tugas kita sebagai pembaca dan penulis ialah memberi keadilan kepada karya sastera yang ditulis.
Kak Sri Rahayu,
Seperti yang saya sebut-sebut awal lagi di artikel ini yang sastera itu tidak membezakan pandangan gender.Hanya kualiti seni itu yang penting.Saya menolak seorang penulis,lelaki atau perempuan,bukan atas dasar gender.Rebecca,misalnya,dikritik oleh saya kerana dia gagal sebagai seorang cerpenis - bukan sebab dia perempuan.Tapi saya bisa sahaja angkat Mawar Shafie,walaupun dia perempuan,kerana bagi saya dia adalah antara cerpenis terbaik negara kita,dan boleh berdiri sama tinggi dengan cerpenis lain seperti S.M Zakir dan Roslan Jomel.
Tidak memilih jalan tengah? Mungkin itu jalan yang Kak Sri Rahayu bina.Jalan saya mudah sahaja:di kiri ialah "karya yang bagus" dan di kanan ialah "karya yang tidak bagus." Dan di kedua-dua belah jalan ada penulis laki dan perempuan.
Kita berhak sepenuhnya untuk menolak mana-mana budaya sekalipun. Kita ada budaya kita sendiri, dan menjadi hak kita sepenuhnya untuk membentuk budaya dalam acuan sendiri berpandukan al quran dan sunnah. Kita malah wajib untk menolak mana-mana budaya dari mana-mana sekalipun -- tak kira dari timur atau barat -- kalau ia menyalahi pegangan agama kita.
Yang menjadi kesalahan ialah apabila kita menolak bulat-bulat unsur-unsur budaya dari luar itu, sebab tidak semua yang dari luar itu -- barat misalnya -- adalah buruk. Yang perlu dilakukan adalah penyaringan. Yang baik kita terima (seperti aspek keindahan estetikanya misalnya), yang buruk pula kita tolak (seperti kebebasan tanpa batas semata-mata atas lesen seni untuk seninya atau seni tanpa mesejnya).
Ya,betul,kita harus berfikir,membentuk,mencipta,dan menulis berdasarkan ruang lingkup budaya dan politik hidup masing-masing.Tidak ada penulis yang bisa terlepas dari budaya kehidupannya.Tetapi kita juga harus ingat,Aidil,bahawa seorang seniman mesti berdiri di atas budaya yang dia dilahirkan.Apabila kita menulis kita bukan sekadar menulis untuk bangsa dan negara kita,tapi kita menulis untuk manusia keseluruhannya.Apabila kita menulis kita bukan sekadar menulis dalam tradisi kita,tapi juga tradisi sastera dunia.
Seorang seniman itu ialah manusia kehidupan.Dan dalam sebuah karya yang bagus,akan sentiasa ada kebenaran kehidupan -kebenaran estetika - yang ingin disampaikan oleh seorang penulis.
Dalam diri setiap manusia wujudnya diri manusia sejagat.Dalam setiap objek seni,di bawah lapisan-lapisan maknanya,tersembunyi kebenaran diri kita.Budaya,politik,agama,ialah lapisan awal yang harus ditembusi dan digali oleh kita untuk sampai ke dasar sebuah karya seni.
Inilah tanggungjawab kita sebagai seorang seniman kepada seniman yang lain.Kita semua mencari kebenaran yang sama dalam diri kita.Kita semua ialah pencinta seni dan kehidupan.
Tetapi yang membezakan seorang seniman dengan seniman yang lain,ialah sumbangannya kepada perkembangan tradisi sastera. Itu sahaja.Kalau ada makhluk-makhluk yang bertenggek di ekornya ketika ekornya melintasi jambatan tradisi ini,maka saya bersedia untuk meletupkan jambatan itu sebelum mereka masuk dan melakukan hura-hara.