Sekeping Cermin (Latiff Mohidin)
Kulihat ke luar tingkap
kulihat diriku
berjalan mundar-mandir
di tengah halaman
memikul sekeping cermin
Malam telah larut
kulihat tapak tanganku
kubuka kembali balutan kainnya
tidak ada garis luka di situ
waktu tingkap kututup
kedengaran pecahan kaca
di anak tangga
kulihat diriku
berjalan mundar-mandir
di tengah halaman
memikul sekeping cermin
Malam telah larut
kulihat tapak tanganku
kubuka kembali balutan kainnya
tidak ada garis luka di situ
waktu tingkap kututup
kedengaran pecahan kaca
di anak tangga
Puisi Latiff Mohidin ialah puisi yang bersifat terbuka. Apabila kita selesai membaca puisinya kita perlu membaca kembali kerana ada misteri yang belum terjawab. Dalam puisi di atas, tiga baris akhir itu meninggalkan satu tanda tanya kepada kita. Apakah kaca yang dimaksudkan di sini? Ada kaitankah dengan cermin di hujung rangkap pertama? Persoalan misteri seperti ini sentiasa memikat selera pembacaan saya. Saya tidak berminat dengan jawapannya kerana kehidupan itu sendiri memang penuh dengan soalan dan misteri. Belum ada manusia yang boleh memberikan jawapan kepada misteri kehidupan. Tugas seorang penyair hanyalah mewujudkan suatu situasi dan emosi yang akan membawa pembaca ke dalam diri mereka supaya pembaca akan membaca diri mereka dan mempersoalkan makna kehidupan.
Latiff Mohidin dalam puisi-puisinya itu sentiasa melukiskan hubungan manusia dengan alam, dan juga hubungan manusia dengan dirinya. Manusia, atau "Aku," dalam puisinya itu sentiasa ada luka kehidupan. Ada kalanya luka itu tidak ada pada manusia itu sendiri, tapi dicerminkan melalui haiwan seperti seekor rusa yang melompat masuk ke dalam kamar, atau sungai yang terluka dalam Sungai Mekongnya. Luka manusia dalam puisi di atas ialah luka manusia itu sendiri. Dia memilih cermin dunia berbanding cermin yang ada dalam dirinya sendiri.
Selepas membaca puisi ini, saya membuka kembali buku puisi T. Alias Taib Piramid. Saya selalu merasakan ada persamaan antara dua orang penyair ini dari segi latar dan suasana yang dilukiskan oleh mereka. Dan paling penting, puisi mereka ialah puisi yang terbuka. Tidak ramai penyair yang boleh menulis puisi seperti ini. Adalah lebih mudah untuk mencipta puisi khutbah "patriotik" atau agama seperti yang dibuat oleh A. Samad Said, Lim Swee Tin, dan Suhaimi Haji Muhammad.

Comments
Satu yang buat saya paling suka dengan Latif adalah 'kebolehannya'
untuk meminggikan diri dari arus perdana.
terima kasih kerana membaca.