Eksperimen Seks

Para pembaca yang bijaksana, bolehkah kita mengenalpasti gender seorang penulis dengan hanya membaca teksnya? Menjawab persoalan ini adalah tujuan eksperimen ini dijalankan. Kita akan melihat empat buah puisi (setiap satunya penulis yang berbeza) di bawah dan cuba agak gender penulisnya. Saya sengaja memilih puisi kerana ingin seragamkan genre teks yang akan kita kaji. Jawapan akan diberikan setelah para pembaca memberikan pendapat berserta hujah-hujah yang relevan sebagai sokongan.

PUISI PERTAMA

Pelajarilah cara-cara membuat sangkar
sebelum mempelajari cara-cara memikat burung
agar burung selesa di dalam sangkar.

PUISI KEDUA

Asalku dari langit suci
diminta turun segera ke bumi
hujan terdampar di puncak gunung
berkawan-kawan menuruni bukit
berkawan-kawan mengharung lembah
lalu di rumah ini banjir singgah.

Wahai tuan rumah yang budiman
hadirku cuma menumpang lalu
sehari dua pasti tak lama
seperti hadirmu di alam nan fana.

PUISI KETIGA

Burung yang terbang saban senja
berlegar manja di langit sepi
mendorongku untuk bertanya:
Pernahkah ia merasa sunyi?

PUISI KEEMPAT

Sepasang bulan
di langit malam
di tasik malam
pecah cahayanya.

Burung malam
turut menyanyi
ritma Tok Senik
di bintang malam
pesan memesan
dalam tangisan.

Comments

Sarah said…
puisi pertama, lelaki. puisi kedua, lelaki juga. puisi ketiga, rasanya perempuan. dan puisi keempat, lelaki [agaknyalah]. semuanya intuisi, teka-teka. mungkin jawapan ni salah.

p/s: macam pernah baca puisi pertama tu. tapi tak ingat penyairnya.
mohamad kholid said…
1 - lelaki, 2 - perempuan, 3 - perempuan, 4 - lelaki. Agaknya le. Saya tak mahir sgt tentang puisi ni
Azriq,

Masalah sikit. Saya tahu jantina penulis puisi 1, 2, dan 3. Susah lah nak teka.
Rahimin Idris said…
puisi pertama tu lelaki. ismail restu kalau tak silap. ada dalam DS tahun lepas kot. haha
ke-3 tu je perempuan.
aku teka je. ada hadiah?
Anonymous said…
salam, cuba meneka
1. lelaki
2. perempuan
3. lelaki
4. lelaki
Anonymous said…
Puisi pertama, lelaki. Puisi kedua, perempuan. Puisi ketiga, perempuan, Puisi keempat, perempuan.

Agaknyalah....
Pssttt...ada puisi yang ditulis oleh Sasterawan Negara.
Nissa' Yusof said…
tekaan saya:
1-lelaki
2-lelaki
3-perempuan
4-perempuan

sebab? ehmmm, puiis pertama tu terus kepada maksud, lebih kepada cara lelaki, yang keempat, ada lenggok-lenggok feminin. yang kedua dan ketiga, intuisi saya saja =)
Salam, saya cuba teka...
1.Lelaki
2.Perempuan
3.Lelaki
4.Lelaki

Tekaan saya je. =)
Erm...

Rasanyakan...yang pertama je lelaki. Tapi, rasanya semua perempuan agaknya...hahaha.

Entahlah. Tak mahir sangat hal puisi ni...
saat omar said…
wakaka..entry pasal seks je mula ramai komen...
lutfi said…
Puisi pertama macam puisi Sa'di. Lelaki. 2, lelaki. 3&4 perempuan. Rasala.
Anonymous said…
Err, saya tak tahu sebabnya, tapi saya teka 1 dan perempuan. 3 dan 4 lelaki. yang tiga tu saya dah tahu siapa...agaknyalah.

Fahd Razy
fadzil yusof said…
sayapun nak cuba teka jugalah.
yang pertama perempuan.
kedua lelaki
ketiga perempuan
keempat perempaun.

teka-teki ini untuk apa ye?.
Anonymous said…
ok, saya cuba:
1. L, 2. P, 3. L, 4. L

Popular Posts