Sejarah Bukan Universal

Berikut merupakan reaksi saya terhadap komen yang diberikan saudara Lutfi:

"Salam abang lutfi,terima kasih atas pendapat yang abang berikan.

Tentang kebenaran universal ini saya tidak percaya bahawa sejarah mengandungi nilai-nilai mutlak bagi menentukan identiti sesuatu bangsa mahupun negara.Sekiranya kita melihat bahawa sejarah itu mengandungi nilai-nilai universal,maka kewujudan manusia akan terperangkap dalam jaringan struktur masa lalu yang pasti sahaja tidak sempurna.Kita tidak menafikan kepentingan sejarah kerana sejarah pasti sahaja mampu mengajar kita tentang siapa diri kita suatu masa dahulu.Tapi kalau nak jadikan sejarah sebagai faktor determinisme bagi perkembangan tamadun bangsa maka kita telah mengikat tamadun kita daripada menjadi lebih sempurna.

Kuasa sesebuah tamadun berada di tangan tamadun itu sendiri.Mereka yang menentukan sendiri arah tuju tamadun mereka.Siapa diri kita harus ditentukan oleh diri kita sendiri.Bangsa Melayu perlu melihat ke depan,mereka perlu melihat bangsa yang bagaimanakah mereka ingin menjadi,dan mereka perlu menanam azam untuk menjadi bangsa yang lebih berkuasa dan sempurna.Dan ini tidak dapat dilakukan jika mereka hanya jadikan sejarah sebagai cermin mutlak bagi mendefinisikan siapa diri mereka dan siapa yang mereka ingin jadi.Lihatlah sejarah sebagai orang tua yang bijaksana.Tapi kita sebagai anaknya tidak perlu menjadi orang tua itu.Kita jadi bangsa yang lebih baik dan lebih sempurna.

Sejarah itu tidak objektif kerana bukan sejarah yang menentukan siapa diri kita. "

Comments

Anonymous said…
Memang sejarah tidak menentukan kita siapa, tapi dari sejarahlah kita mengenal siapa bangsa kita sejak dahulu. Kerana sejarah jugalah, kita tidak dilahirkan dalam keadaan kegelapan dan mengenal sejarah bangsa, dan kerana sejarah juga kita tahu asal jalan pulang dan kembali untuk mengenal diri secara zahir dan batin. Alastu birrobbikum qolu bala syahidna, tapi kita tidak boleh bersandar pada kegemilangan sejarah, itu sahaja.

sf
lutfi said…
This comment has been removed by the author.
lutfi said…
Azriq, abg lutfi ada komen ttg ini. sila rujuk blog abg lutfi. Seronok dapat berdiskusi dengan sihat. salam
ammar said…
salam saudara. maaf sy bukan nk komen psl sejarah ni. sy pelajar a level sekarang dan saya ambil subjek literature (terpaksa ambil). dan saya rasakan pelajaran ini tidak memenuhi tujuan sebenar sastera. kerana kami hanya fokus kepada estetika bentuk sesebuah karya. rima, tema, dan macam2 lagi yang hanya ditulis diatas kertas. tidakkah untuk benar2 mendapat dan memahami estetika makna sesebuah karya kita perlu bersosial dan menikmati keindahan alam. kita perlu masuk ke dalam jiwa karekter2. bukannya dgn hanya mmbuat ulasan diatas kertas. sy sudah bosan dengan menganalisa puisi2 dan juga drama2. jd sy ingin bertanya. secara jujur, saudara rasakan. apakah tujuan penulis menulis? untuk memberi impak ataupun adakah hanya untuk meluahkan apa yg terbuku didalam hati?
Wan Nor Azriq said…
Salam abang sf,

terima kasih atas pendapat yang abang (saya sedang mengandaikan bahawa sf ini bermaksud serunai faqir,kalau salah maaf yerr)berikan.

Betul sejarah itu menceritakan siapa diri kita suatu masa dahulu.Dan manusia memang tidak dapat dipisahkan daripada sejarah.Tapi seperti yang saya telah kata,sejarah hanya sumber rujukan bukan sumber definisi siapa diri kita sekarang dan siapa kita ingin jadi.
Wan Nor Azriq said…
Salam sdr ammar,terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kerana sudi masuk dan membaca blog saya.

Saya memahami masalah yang sdr sedang hadapi.Sdr merasakan sastera itu bukan sekadar sebuah cerita yang mengandungi unsur-unsur fiksyen.Sdr ingin melihatnya sebagai sebuah medium yang memberikan pengalaman kehidupan yang menyuluruh;misalnya menyelami ke dalam psikologi watak atau pengarang itu sendiri.

Hakikatnya sdr,sastera itu memang tentang kehidupan.Sastera memang mengajar kita melihat kehidupan dengan lebih halus dan indah.Sebab itu sastera ialah medium seni,ia bukan medan perdebatan ideologi atau retorik politik.Sastera memberikan kita pengajaran melalui pengalaman kehidupan yang indah.

Sdr sekarang di peringkat A level kan? Maka,apa yang pensyarah atau guru anda ingin tekankan pada peringkat awal ini ialah menghargai teks sesebuah karya terlebih dahulu.Dia ingin anda melihat terlebih dahulu struktur yang membina sebuah fiksyen,puisi,atau drama.Pendekatan ini digunakan terlebih dahulu kerana ia mudah diajar dan mudah difahami.

Anda tanya bagaimana dengan aspek estetika? Dalam hal ini anda tidak perlu menunggu guru anda untuk menghargai keindahan sebuah karya sastera.Selalulah berbincang dengan rakan-rakan,dan tukar-tukar pandangan.Sastera akan lebih mudah difahami apabila kita berkongsi pendapat dengan orang lain kerana kehidupan ini kompleks,dan pandangan kita terhadapnya pasti sahaja terhad.Selain itu,saya sangat sarankan agar sdr kaitkan sastera dengan medium seni yang lain terutama sekali filem.Ada banyak karya-karya terhebat di dunia yang sudah diadaptasikan ke filem.Ia akan membantu sdr lebih menghargai sebuah karya sastera.

Saya meraskan bahawa sdr ada naluri seni yang kuat.Maka,jadilah seperti orang seniman.Sambil banyak membaca,selalu-selalulah berfikir,bermunajat,menulis jurnal,dan berjalan-jalan.

Tentang penulis ini saya merasakan bahawa mana-mana sasterawan sebenarnya menulis untuk dirinya terlebih dahulu.Dia menulis untuk memahami dirinya,dan dia menulis untuk berdebat dengan dirinya tentang masalah kehidupan atau ideologi yang dia pegang.Hasil konflik dalaman itu dikongsikan dengan pembaca bukan untuk beri impak,tapi meluahkan dirinya kepada dunia.Yang tulis untuk impak ini hanya penulis yang otak komersil.

Popular Posts