Malam Bacaan Puisi Sutong Omar RS

Pergi bersama dua orang sahabat: Aidil Khalid dan Hazwan. Makan dahulu di gerai di sebelah menara DBP. Bicara politik sambil hati berdoa tak akan ada bacaan puisi oleh orang politik. Hati hampa, telinga menderita kerana bukan Pak Samad yang membaca; rupa-rupanya sudah disedia pembuka selera, dan rupa-rupanya memang ada orang politik yang membaca.

Kecewa! Kecewa! Kecewa!

Dengan pembesar suara
Dengan penonton yang gila
Melayan mulut mereka yang hina;
Tidak peduli penyair yang ghairah membaca
Pesanan buat anak bangsa.

Comments

Aidil Khalid said…
Haha.. saya tak kisah sangat kalau ada orang politik baca puisi sekali. Asalkan depa tak berpolitik kat atas pentas tu, sudah. Yang saya kecewakan, sebab lepas kita dah pulun makan dekat gerai, kemudian baru tahu rupa-rupanya kudapan memang ada disediakan percuma. Hehe.

Dan, ya, tentunya kecewa juga sebab salah informasi. Ingatkan Pak Samad yang baca puisi. =)
Tasik Hijau said…
hehe...
tu la, dah la ns tomato plak tu...
rugi2...
betul tu dil, x kisah org politik datg, asal dorg x bawa ideologi politik dorang sudah...

Popular Posts