Menemui Novel dalam Novel
Di Vertigo kita menemui blog yang mendapat ideanya daripada dunia fiksyen W. G. Sebald. Memang, banyak fakta dan ulasan yang kita inginkan tentang buku-buku Sebald ada di sini. Tetapi ia tidak berhenti di situ. Ibarat api yang merebak daripada satu mancis, tulisan pengarang blog ini berkembang ke dalam karya penulis-penulis lain juga. Salah seorangnya ialah Julien Gracq.
Sama seperti pengarang blog Vertigo, saya turut menemui Julien Gracq melalui karya Enrique Vila-Matas. Saya daripada novel Bartleby and Co., sementara dia daripada novel Dublinesque. Dia mula memesan buku-buku Gracq selepas membaca bahagian novel itu yang menceritakan kepentingan Gracq buat Samuel Riba:
Sama seperti pengarang blog Vertigo, saya turut menemui Julien Gracq melalui karya Enrique Vila-Matas. Saya daripada novel Bartleby and Co., sementara dia daripada novel Dublinesque. Dia mula memesan buku-buku Gracq selepas membaca bahagian novel itu yang menceritakan kepentingan Gracq buat Samuel Riba:
"[Riba had] published lots of important authors, but only in Julien Gracq’s novel The Opposing Shore did he perceive any spirit of the future. In his room in Lyon, over the course of endless hours spent locked away, he devoted himself to a theory of the novel that, based on the lessons apparent to him the moment he opened The Opposing Shore, established five elements he considered essential for the novel of the future. These essential elements were: intertextuality; connection with serious poetry; awareness of a moral landscape in ruins; a slight favoring of style over plot; a view of writing that moves forward like time.Penemuan dalam penemuan. Itu saja kenikmatan yang tinggal buat pembacaan di masa depan.
Comments
-MARSLI N.O
Genta Rasa Mengusik Jiwa
Dalam Novel Pelbagai Cerita
Tinta Maya Mengusik Sukma
Saya sentiasa menjenguk negeri sendiri; cuma belum ada yang perlu disebut, atau ingin disebut, dalam tulisan saya sekarang.
Dan kadang-kadang ada hal yang lebih elok disebut dalam kesepian.
Terima kasih.