Catatan Kepada Paul Auster (I)





Paul Auster
 [Encik Paul Auster,

Saya terbaca ayat ini dalam buku anda Oracle Night: "The future was already inside me, and I was preparing myself for the disasters that were about to come." Dan saya telah membawanya bersama saya selama beberapa hari, siang dan malam.

Ia berkait rapat dengan cerita yang anda sebutkan di bahagian itu tentang seorang penulis Perancis yang berhenti menulis kerana dia merasakan yang dia telah membunuh anaknya melalui sebuah puisi. Pencerita anda, Sid, meraguinya. Malah saya juga. Memang mustahil untuk kata-kata diterjemahkan oleh kehidupan sebagai suatu takdir - lebih-lebih takdir kematian.

Tetapi bagaimana, Encik Auster, dengan takdir kepengarangan? Bolehkah seorang penulis meramal usia keperangannya sebelum dia melepaskan pena buat kali terakhir?

Saya yakin penjelasan daripada anda akan membantu sahabat baik saya, Encik Hogarth, seorang pensyarah sastera, dan megalomaniac serius yang saya risau akan ditelan oleh obsesi mindanya sendiri.]
 


Comments

Popular Posts