Kemunculan 1Q84: Haruki Murakami


Novel baru sentiasa akan ada. Sastera tidak pernah mati walaupun kanon sastera itu sudah tergugat. Dan antara semua novelis sastera sekarang, Murakami ialah yang paling dikenali dan dinanti-natikan oleh pembaca di seluruh dunia.

Reputasi Murakami sebagai novelis yang dibaca oleh peminat tegar sastera dan pembaca biasa memang sangat tinggi mengatasi Salman Rushdie, Paul Auster, dan Julian Barnes. Dan dia adalah seorang novelis Jepun. Nampaknya walaupun dalam terjemahan, kekuatan estetika sebuah teks masih kukuh dan dapat dinikmati oleh semua orang.


Comments

Faiz Zin said…
Ramai berpendapat 1Q84 tidak sebagus Kafka on the Shore ataupun Norwegian Wood, tetapi secara peribadi saya rasa ianya ada keunikan tersendiri. Mungkin saya akan memilih 1984 oleh Orwell berbanding 1Q84 tapi bagi saya 1Q84 seolah-olah telah melengkapkan karya 1984 itu sendiri.
Wan Nor Azriq said…
Pilihan saya pun sama

Popular Posts