Malaikat-Malaikat Genius
Macam senang sahaja perkataan ini - genius - dilemparkan sesuka hati oleh penulis kita bagi menceritakan kemunculan mereka yang asalnya dari bidang profesional - bidang bukan sastera - yang kemudian lompat masuk ke dalam sastera seolah-olah mereka ini ialah malaikat yang telah ter-jatuh dari syurga.
Mungkin ya juga, kerana mereka ini, para malaikat intelektual, para malaikat profesional - para malaikat genius - ini kononnya akan menyelamatkan sastera kita daripada menjadi subjek sampingan di sekolah dan universiti. Itu kah ukuran genius seorang seniman?
Adakah malaikat-malaikat berperisai intelektual dan bersenjatakan pena ini boleh menyelamatkan sastera kita? Sudah tentu ya. Kita kan manusia sahaja.
Adakah mereka boleh menulis 2666? Sudah tentu tidak. Mereka bukan seniman yang membuat dosa.

Comments