Neil Gaiman dan Penulisan Genre
Tidak ramai penulis yang bermain secara serentak antara penulisan "genre" (atau fiksyen spekulatif) dengan penulisan sastera. Bagi para penulis genre, sastera itu permainan yang terlalu serius, membosankan, permainan orang tua, tiada hiburan, tiada imaginasi - tidak komersil. Pasukan penulis sastera mungkin akan membalas dengan mengatakan penulisan genre sebagai tidak berseni, tidak original, tiada kekuatan bahasa, escapism semata-mata, tidak bermoral, utopia, dan, sudah tentu, tiada pemikiran bernas. Walaupun ia kelihatan seperti ada jurang besar antara dua bentuk penulisan ini, tetapi dunia sastera itu secara umum berada dalam satu pasukan. Matlamat akhir semua penulis adalah sama iaitu membawa pembaca lebih dekat dengan diri mereka dan juga kehidupan. Hanya kekuatan dan kehalusan bahasa yang akan membezakan seorang penulis dengan seorang penulis yang lain.
Borges adalah satu contoh baik untuk penulis yang berjaya menggabungkan penulisan genre dengan sastera. Membaca Borges ialah membuka pelbagai pintu penulisan. Di satu pintu kita menemui dunia C. K. Chesterton, di pintu lain dunia Walt Whitman, pusing ke belakang kita jumpa pintu H. P. Lovecraft, tengok ke bawah kita menemui pintu Edgar Allan Poe. Dunia penulisan Borges ialah sebuah perpustakaan imaginasi dengan tangga berpintal-pintal naik ke angkasa dan pada sama turun ke dasar dunia sastera itu sendiri. Kalau sastera itu ialah sebuah bandar, maka Borges ialah perpustakaan awam di bandar itu. Penulis-penulis lain seperti Italo Calvino, Roberto Bolano, Julio Cortazar, A. S. Byatt, hanya ibarat rak-rak tambahan di dalam perpustakaannya.
Seorang penulis sastera atau seniman datang kepada kita membawa bukan sahaja dirinya, tetapi juga seangkatan bayang penulis-penulis yang telah mempengaruhinya.
Dengan kehadiran bayang-bayang inilah kita boleh apabila membaca seorang penulis membuat kita ingin membaca penulis yang lain. Membaca Borges membuat saya ingin membaca semula Kafka dan Whitman. Membaca Whitman membuat saya ingin membaca Pablo Neruda. Membaca Pablo Neruda membuat saya ingin membaca Aan Mansyur. Membaca Aan Mansyur membuat saya ingin membaca Sapardi Djoko Damono. Membaca Sapardi membuat saya ingin membaca T. Alias Taib. Kitaran pembacaan ini akan berterusan apabila kita bergerak dari satu buku ke satu buku; dari seorang penulis ke seorang penulis.
Membaca karya hebat ialah seperti ditelan ombak besar yang membawa kita sebuah dunia asing sebelum kita dimuntahkan di pantai kehidupan.
Lebih kurang begitulah harapan saya ketika pertama kali hendak membuka buku Neil Gaiman. Saya tidak ada masalah yang dia adalah seorang penulis bestseller. Saya tidak ada masalah yang salah satu novelnya (Stardust) telah diadaptasikan ke dalam bentuk filem. Saya tidak ada masalah yang buku-bukunya, termasuk Fragile Things, berada di rak buku fantasi. Masalah saya ialah bahasanya. Ya, dalam himpunan cerita ini ada unsur page turner dan imaginasi yang memikat. Ya, Gaiman itu penulis genre yang fleksibel kerana dia boleh menulis cerita fantasi, seram, hantu, dan fiksyen sains. Dan ya, gaya penulisan Gaiman itu sangat kontemporari apabila dia banyak melakukan parodi terhadap cerita-cerita klasik. Namun, apabila saya selesai membaca Fragile Things, saya tidak rasa seperti hendak mencari penulis-penulis yang telah mempengaruhinya seperti Lord Dunsany, C. S. Lewis, Lewis Caroll, atau H. P. Lovecraft. Lautan bahasa Gaiman itu terlalu cetek untuk membuat kita terus berenang dalam dunianya. Seperti kebanyakkan penulis genre, dia ingin membawa kita ke dunia lain. Dan kita memang dibawa ke sana. Tetapi hanya sebahagian kecil dari diri kita yang dibawanya. Yang selebihnya masih tertinggal di belakang. Kegagalan Gaiman ialah kegagalan bahasa. Tidak dinafikan, imaginasi dia memang ada. Sama juga dengan H. G. Wells, Olaf Stapeldon, Richard Matheson, dan Philip K. Dick. Semua ini ialah penulis yang imaginatif. Tetapi bahasa mereka tidak cukup besar melemaskan emosi pembaca. Ia tidak cukup tepat untuk menerangkan sisi-sisi gelap dalam minda kita.
Membaca fiksyen genre sering mengingatkan saya kepada buku Cormac McCarthy berjudul The Road. Latar zamannya ialah dunia pasca-kiamat. Amerika sudah menjadi sebuah tanah gersang dengan manusia-manusia kanibal sebagai penghuninya. Di tengah-tengah dunia menakutkan ini ialah seorang ayah dan anak lelakinya yang sedang cuba untuk hidup dan melarikan diri daripada kuasa kejahatan. Bentuk novel ini ialah gabungan unsur Gothic dengan fiksyen sains. Dan kekuatan bahasa Cormac McCarthy ialah tenaga yang menghidupkan setiap kata-katanya. Setiap pembacaan bukan sahaja membawa kita lebih dekat dengan dunia novel ini, tetapi pada sama kita menemui perasaan baru dalam diri kita. Cormac, seperti Borges, melahirkan kita semula ke dalam sastera.

Comments