Alice's Adventures in Wonderland (Lewis Caroll)


'Who are you?' said the Caterpillar.

This was not an encouraging opening for a conversation. Alice replied, rather shyly, 'I - I hardly know, Sir, just at present - at least I know who I was when I got up this morning, but I think I must have been changed several times since then.'

'What do you mean by that?' said the Caterpillar, sternly. 'Explain yourself!'

'I ca'n't explain myself, I'm afraid, Sir,' said Alice, 'because I'm not myself, you see.'


Alice tidak dapat menjelaskan dirinya ketika pertemuan dengan Encik Caterpillar dalam Wonderland kerana dia masih belum sedar bahawa dia berada di dalam dunia imaginasi yang tidak lagi memerlukan hukum logik. Seperti juga Alice tidak faham kenapa kucing bernama Cheshire-Cat boleh senyum. Dalam dunia imaginasi (ciptaan Alice sendiri) kegilaan ialah yang menjadi hukum kewujudan. Ketika Alice berbual dengan Cheshire-Cat dia kata dia tidak mahu bersama orang-orang gila. Secara ironinya, Cheshire Cat menjawab 'we're all mad here. I'm mad. You're mad.' Kalau Cheshire-Cat dan makhluk lain dalam Wonderland gila, maka sudah tentu kegilaan mereka datang daripada kegilaan imaginasi Alice sendiri. Sesungguhnya, kegilaan imaginasi seorang penulis ialah Alice yang tidak pernah meninggalkan Wonderland.

Kalau kita boleh hidupkan Alice dan kita bawa dia bertemu dengan pembaca novel kanak-kanak zaman sekarang, dia pasti lari mencari lubang arnab dan pulang ke Wonderland. Suatu masa dahulu, ketika kanak-kanak membaca novel kanak-kanak, Alice's Adventure in Wonderland ialah bible mereka. Sekarang, novel ini telah masuk ke dalam kategori novel sastera klasik dan dibaca oleh pembaca sastera, bukan lagi pembaca umum. Novel yang dibaca oleh pembaca umum (termasuk kanak-kanak) ialah novel komersil seperti Harry Potter atau yang lebih terbaru Twilight. Pemilihan novel kini dibuat (dan juga ditulis) oleh pembaca umum atau lebih spesifik pembaca komersil, bukan lagi pembaca sastera. Paling malang ialah pembaca sastera yang tidak tahu menghargai karya sastera tapi sebaliknya mengangkat karya-karya ideologi picisan ke dalam kanon sastera kita.

Seperti Alice, apabila kita membaca sebuah karya sastera, kita masuk ke dalam Wonderland. Kita masuk ke dalam imaginasi penulis. Kita menjadi Lewis Caroll walaupun kita mungkin tidak mengenali langsung siapa Lewis Caroll. Sama juga halnya dengan Shakespeare. Kalau nak dibandingkan dengan Virginia Woolf atau Hemingway, kita tidak akan dapat menemui banyak maklumat tentang hidup Shakespeare. Yang ada di depan mata kita hanyalah geniusnya sebagai seorang sasterawan dan legasi karya-karyanya yang mempengaruhi penulis lain seperti Lewis Caroll sendiri. Dalam dunia Lewis Caroll, dalam Wonderland, kita akan belajar menjadi seorang seniman satira yang mempunyai kekuatan ironi dan komedi. Kita di peringkat awal pembacaan ialah seperti Alice yang masih menilai dunia secara logik. Tapi semakin lama kita mengembara dalam Wonderland, yang berlaku hanya dalam masa beberapa jam, kita mula menjadi Lewis Caroll. Setiap makhluk yang berada di dalam Wonderland ialah serpihan Lewis Caroll sendiri. Apabila kita bertemu Queen of Heart yang begitu obses menjatuhkan hukuman pancung kepala kepada sesiapa yang tidak disukainya, kita menemui pandangan politik Lewis Caroll yang digambarkan secara komedi dan sublime. Apabila kita bertemu dengan Mouse, Dodo, Lory, dan Eaglet, kita secara tidak langsung bertemu dengan orang yang dikenali oleh Lewis Caroll (Dodo itu mungkin Lewis Caroll sendiri memandangkan nama sebenarnya ialahCharles Lutwidge Dodgson).

Sudah jarang untuk kita menemui novel fantasi yang bersifat satira seperti Alice in Wonderland. Animal Farm dan Tikus Rahmat hanya bersifat satira tapi tidak ada kekuatan imaginasi dan retorik seni seperti Alice in Wonderland. Satu lagi novel Lewis Caroll yang terkenal ialah Through the Looking-Glass yang juga merupakan sebuah karya genius. Walaupun Alice ialah watak utama dalam kedua-dua novel, tapi setiap satu masih boleh dibaca secara terasing, bukan sahaja dari segi cerita, tapi juga retorik seni. Dalam Through the Looking-Glass, kekuatan retorik seninya ialah puisi. Dalam Alice in Wonderland, kekuatan retorik seninya ialah naratif cerita itu sendiri.

Comments

saat omar said…
Tumpang promote...
jom tengok MIMPI adapatasi dari Shakespeare's Midsummer Nights Dream

tarikh: 3, 4 dan 5 April 2009(8.30 malam)
matinee pada 4 dan 5 April (3 petang)

Tempat: lambang Sari, Istana Budaya

Arahan: Prof Jim Connor

bayaran masuk: RM10 dan percuma buku program

lets do it.
said…
hehe yes..
You like the Hookah-caterpillar =)

I've read the book too.
One of my favourites =)
Wan Nor Azriq said…
terima kasih abang saat atas promotion.saya cadang nak pergi tengok 5 april ni.kalo tiket masih ada :)
Isma Ae Mohamad said…
Kamu baca buku besar-besar. Iri hati saya.Terima kasih atas entri ini beri imignasi buat saya.
fadz said…
buku yang saya tak boleh baca sebab kekuatan bahasa tak kuat masa kecil, mungkin sekarang boleh baca kot.. haha
Wan Nor Azriq said…
Terima kasih buat isma dan fadz yang membaca entri ini.

ya fadz,belum terlambat untuk baca :)

Popular Posts