Sudah Setahun Mengenali Murakami

Sudah setahun saya mengenali karya-karya Haruki Murakami. Karyanya yang pertama saya baca ialah Blind Willow, Sleeping Woman; sebuah kumpulan cerpen yang memuatkan cerita-cerita magis dan fantasi. Jangan salah faham, dia bukanlah penulis fantasi. Cerita-ceritanya berlatarkan masyarakat urban di Jepun; manusia yang kehilangan dan mencari identiti mereka dalam arus kehidupan moden yang sudah bercampur pelbagai warna budaya (terutama sekali warna Barat).

Gambar di sebelah adalah rumusan terbaik yang saya dapat berikan tentang mood keseluruhan karya-karyanya. Setiap kali saya masuk ke dalam dunia Murakami, saya akan rasa seperti berjalan pada malam yang gelap; diterangi deretan lampu-lampu kehidupan yang berwarna-warni seolah-olah setiap mata cahaya sedang menilai kewujudan saya. Budaya memang memainkan pengaruh besar dalam kehidupan kita, dan bagi golongan Studi Budaya, kewujudan kita memang tertakluk kepada kekuasaan wacana budaya. Studi Budaya kini adalah displin sains sosial yang popular sehingga pengaruhnya boleh dirasai dalam dunia sastera. Golongan ini pasti akan meminati karya-karya Murakami bagi melihat pertembungan budaya tinggi dan budaya popular di Jepun.

Di Malaysia, budaya kita masih ada hubungan erat dengan budaya tradisional dan agama. Tidak dinafikan, budaya popular memang sudah menjadi sebahagian daripada neurosis orang kita. Tapi ia belum memberikan impak yang total seperti di negara Jepun atau Amerika. Setelah lima dekad mencapai kemerdekaan, kita dalam proses menuju ke arah itu. Mungkin ia bukan suatu yang kita inginkan. Tapi ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Datanglah KL, dan anda akan faham maksud saya. Mungkin apabila KL sudah menjadi megapolitan seperti Tokyo, London, atau New York, kita akan membaca karya Murakami dan mendapati kita sedang melihat diri kita dalam cermin.

Comments

Nissa' Yusof said…
salam, azriq.
salam nuzul Quran dan selamat berbuka puasa :)
fadz said…
harap2 ada juga kalangan kita yang sudah mencipta irisan baru Murakami.. kedengaran Kasut Biru Rubina sudah melakukannya, benarkah?
Wan Nor Azriq said…
Kasut biru rubina bagi saya masih di tahap percubaan.Belum mencapai kematangan seperti Marquez,Rushdie,atau Murakami.
Sufian said…
Salam,

Mungkin tak sampai dan saya agak takkan sampai tahap Marquez, Rushdie (jangan!) atau Murakami, kerana, walau saya baca ketiga-tiga penulis tu religiously (beriman? ha ha) kiblat penulisan saya ialah Borges (cerpen playfulnya, ingat April March? atau Aleph yang kelakar gila?) Etgar Keret, Amy Hempel (Ya Allah, saya cintakan tulisan perempuan ini), dan Takeshi Kaiko.

Popular Posts