The Turn of the Screw
Petang semalam saya telah meminjam novel Henry James bertajuk "The Turn of the Screw." Dalam masa satu malam, satu telah selesai membacanya. Lagipun, ia hanya novel pendek yang menuntut saya membacanya dengan sekali duduk, kerana kalau saya tangguhkan pembacaannya, pasti kesan novel ini tidak dapat dirasai.
Novel ini adalah sebuah cerita hantu yang bukan konvensional; plot difokuskan kepada aspek psikologi watak (terutama sekali watak "governess" yang merupakan narator) berbanding babak ngeri dan berdarah. Seorang wanita, yang tidak diberitahu namanya, telah mendapat kerja sebagai ketua orang gaji oleh majikannya. Menurut si majikan, dia diberi kuasa penuh dalam mengasuh dua anak buahnya (Miles dan Flora).
Sepanjang tempoh pengasuhannya, protagonis telah bertemu dengan watak-watak yang kononnya adalah hantu. Sehingga akhir novel ini, kita tidak tahu sama ada prtotagonis benar-benar bertemu dengan hantu, atau ia hanya ilusi seorang wanita yang mengalami tekanan emosi.
Kritikan penuh saya ke atas novel ini akan saya postkan pada masa depan. Ini hanya pengenalan ringkas saya buat novel ini yang sememangnya menghiburkan dan membuat kita berfikir tentang kemampuan minda manusia untuk menjadi keliru antara realiti dan ilusi.

Comments