Getaran Jiwa

“DOKTOR, berikan saya ubat.”
“Ubat apa?”
“Ubat sakit.”
“Kami ada ubat tahan sakit, ubat tahan ubat sakit, ubat tak mahu jadi sakit, dan ubat tahan ubat tak mahu jadi sakit. Tetapi, dalam koleksi ubat-ubat tahan sakit dan tak mahu jadi sakit kami, belum ada lagi ubat nak jadi sakit.”
“Saya nak jadi sakit doktor.”
“Kenapa?”
“Sebab saya tak nak sihat.”
“Kenapa?”
“Saya nak sakit dengan kekasih saya yang sakit.”
“Siapa?”
“Ini.”
Dia letakkan tangan doktor pada hatinya.
Lagu Getaran Jiwa mengisi kesunyian.

Comments

Popular Posts