Membaca Conrad Kembali


Di zaman universiti, Joseph Conrad ialah antara novelis yang paling kuat meninggalkan kesan pada saya walaupun sarjana tidak lagi membacanya untuk kenikmatan bahasa dan kekuatan imaginasi. Conrad sekarang hanya dibaca oleh sarjana kerana mereka terpaksa membaca Edward Said, dan, malang sekali, untuk mereka memahami ideologi Said, mereka ikat Conrad - bersama Jane Austen dan Kipling - di kerusi interogasi dan pukulnya dengan batang paip - dengan harapan - akan termuntah keluar semua makna dan rahsia penulisannya ke atas timbunan kertas tesis mereka. Begitulah nasib Conrad di tangan sarjana.

Untuk saya, setelah membacanya kembali, kepuasan pembacaan ialah yang saya cari, dan Conrad tidak pernah mengecewakan. Membacanya ialah seperti dicampak keluar ke laut daripada sebuah kapal lanun, dan kata-katanya - baris-baris puitisnya - membuat dada kita lemas; dia menolak kita semakin dekat dengan kematian; tetapi apabila kita tersedar, kita sudah terdampar di pantai - kita sudah dihidupkan semula olehnya.

Comments

Popular Posts