Kritikus Dari Chile: Rodrigo Pinto

Kritikan ialah ibarat tangga infiniti ke dalam sastera

Masalah tradisi kadang-kadang ialah ia menyempitkan ruang untuk penghuninya bernafas, mahupun buat tetamu asing. Bagi saya ini ialah antara masalah tradisi sastera Eropah dan Amerika. Keterbukaan pada tradisi di luar sastera mereka.

Harold Bloom dan Martin Amis mungkin adalah antara pengkritik sastera terbaik di Barat, tetapi membaca mereka, kita merasakan ada semacam keangkuhan, atau penafian, atau ketidakupayaan untuk menghalusi pembacaan dan kritikan terhadap karya yang bukan ditulis dalam bahasa Inggeris.

Ini tidak berlaku dengan penulis berbahasa Sepanyol. Ia tidak berlaku dalam kritikan Roberto Bolano; ia tidak berlaku dalam kritikan Mario Vargas Llosa; ia tidak berlaku dalam kritikan Rodrigo Fresan; ia tidak berlaku dalam kritikan Enrique Vila-Matas. Tetapi ini semua penulis fiksyen. Pengkritik sejati dalam tradisi ini Rodrigo Pinto. 

Ukuran utama kualiti seorang kritikus ialah apresiasi pembacaan. Dan Rodrigo Pinto telah membaca hampir semua yang sastera boleh tawarkan kepadanya, dan ternyata, dia membaca dengan penuh apresiasi.


Comments

Popular Posts