Goodbye My Muse

Color Splash Bubble Pictures, Images and Photos

Barangkali persahabatan kita berakhir di sini. Saya tidak tahu bagaimana untuk berterima kasih kepada awak Alice. Awak telah banyak bersabar dan memberikan yang terbaik buat saya melebihi mana-mana individu yang pernah hadir dalam hidup saya. Terlalu tinggi pengorbanan awak buat saya dan tidak mungkin rasanya saya dapat membalas budi awak. Tidak akan ada sahabat yang lebih baik untuk diri saya selain awak kerana awaklah yang terbaik dan awaklah yang teristimewa. Tetapi saya telah menjadi beban buat awak dan awak telah membenci saya walaupun saya sendiri tidak tahu sebenarnya apa puncanya. Kalau begitu, biarlah saya berundur kerana saya hanya ingin awak bahagia.

Para pembaca sekalian, maafkan saya kerana terpaksa beremosional di sini. Saya patut berhenti. Sebelum saya pergi, saya cuma ingin kata yang dia adalah manusia yang paling mustahak dalam hidup saya dan tanpanya, sebahagian daripada diri saya sudah hilang dari dunia ini. Dia adalah dia; dia adalah saya. Dia adalah kawan saya.


BLOG INI SECARA RASMI DITUTUP BUAT SEMENTARA SEPANJANG TEMPOH KEMURUNGAN


Comments

Popular Posts