Tanikawa dan Puisi Mudah



Roslan Jomel telah terlebih dahulu membuat ulasan tentang Shuntaro Tanikawa di blognya. Saya sendiri tidak berhasrat nak cerita panjang-panjang tentangnya memandangkan emosi saya sekarang terlalu sibuk dengan perkara lain. Tapi dalam kesibukkan itu saya masih kembali kepada sastera, puisi misalnya, untuk mengubat emosi saya.

Setiap pembaca ada citarasanya tersendiri apabila memilih puisi. Dalam komen yang pernah ditulis kepada saya di blog ini ialah minat seorang pembaca kepada puisi jenis abtsrak. Rasanya semua orang faham maksud pembaca ini. Terserahlah, setiap orang ada penyair dan jenis puisi yang diminatinya. Saya dan Roslan Jomel sendiri pun mempunyai taste yang berbeza walaupun kami sama-sama banyak membaca puisi Muhammad Haji Salleh. Antara saya dan Roslan, rasanya dia lebih mengkagumi kehebatan Muhammad Haji Salleh. Hal ini boleh dilihat dalam kebanyakkan pusinya.

Saya suatu masa dahulu turut meminati puisi jenis abstrak. Cerpen yang saya dan baca tulis juga jenis ini. Tapi seorang penulis akan sentiasa berkembang dan berubah seperti seorang manusia itu yang sentiasa berubah bersama aliran masa.

Puisi yang saya minat sekarang ialah yang jenis "accessible." (meminjam diksi yang sering digunakan oleh Billy Collins). Dalam bahasa kita, ia barangkali boleh disebut sebagai puisi mudah. Mudah di sini bukan maksud ringan. Tapi maksudnya ialah mudah untuk masuk dan mudah untuk keluar. Puisi Muhammad Haji Salleh, Tanikawa, Thomas Hardy, Charles Simic, Sharon Olds, dan sudah tentu Billy Collins, boleh masuk dalam kategori ini. Kalau anda pernah membaca puisi Muhammad Haji Salleh atau T. Alias Taib, anda akan faham maksud saya. Puisi mereka tidak membebankan pembacaan kita kerana pintu untu masuk ke dalam puisi mereka dibuka dengan luas. Apa yang kita dapat di dalam puisi itu persoalan lain.

Seperti Muhammad Haji Salleh, Shuntaro Tanikawa ialah penyair yang prolifik. Puisinya mudah dibaca dan banyak mengandungi unsur humor dan ironi. Buat masa sekarang, saya tidak ingin mengulas puisi Tanikawa. Saya sekadar ingin berkongsi dengan anda puisinya yang saya telah baca. Puisi ini ialah salah satu sonetanya yang terdapat di dalam buku di atas:

29

I’m copying down my memories.
Old visions are all good ones.
The winter sunlight that warms my fingers
also falls across today’s empty chair.

Between the window’s outside and inside
a fragment of the world is suspended
As I reach to touch it
the beautiful thing gallops away.

I keep gazing at everything.
My heart reluctantly whispers
but love hushes it.

Today returns;
yesterday is a blur;
I cant imagine the shape of tomorrow.

(Diterjemahkan oleh William I. Elliot dan Kazuo Kawamura)

Comments

fadzil yusof said…
Salam saudara Azriq,

tapi puisi lansung mengingatkan saya kepada puisi Latif Mohidin. Visualnya kuat dan ada jalan keluar pada baris akhir puisi, sebagaimana ghalibnya...

Tidak sahaja keluar, apabila masuk kembali - pintu keluar kali kedua senantiasa berbeza.
Anonymous said…
sajak cantik daripada latiff mohidin:

catitan harian

hari ini
banyak sekali
perkara penting
berlaku dalam hidupku:

kalendar p.ramli jatuh
dari dinding

sikat hijauku hilang

seekor cicak bertelur
disudut almari

temanku diamdiam
melipat kainnya
kedalam beg

(dari kumpulan puisi wayang pak dalang, 1977)

dalam garis, dari titik ke titik latiff menyebut bahawa sajak-sajaknya adalah sajak-sajak telegram.

terima kasih untuk billy collins. animasi sajak beliau di youtube mengembalikan sesuatu yang sudah lama hilang. bayangkan kalau sajak-sajak latiff juga di-animasi-kan.

Popular Posts