Penyair Metafizik

Berikut ialah petikkan wawancara Krystyna Lenkowska dengan penyair Poland, Adam Zagajewski:

KL: Poets among themselves often say “It’s a good poem, but not metaphysical”. And this does not necessarily have anything to do with God. Could this admiration be also the result of American poetry lacking the metaphysical aspect?

AZ: I think that may be the case. It is a complex issue, but it must have something to do with what you are saying. Metaphysics can also be understood as radicalism in thinking, certain way of looking at the world. Sometimes even non-religious poets are metaphysical and assume a very radical viewpoint from which the world looks sharper. That may be what the Americans lack and what they are jealous about in Polish or Irish poetry, since contemporary Irish poets are the other object of American interest and certain envy.

Selepas Wallace Stevens, Amerika belum ada penyair metafizik yang hebat; ini barangkali antara faktor kenapa belum ada penyair Amerika yang memenangi Hadiah Nobel semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Harold Bloom menyebut bahawa John Ashbery ialah penyair terbaik di Amerika sekarang. Tapi saya rasa Bloom sendiri terpaksa mengakui bahawa Ashbery bukan Wallace Stevens, bukan Hart Crane (penyair kegemaran Bloom), dan sudah tentu sekali bukan Emily Dickinson dan Walt Whitman. Antara John Ashbery dan Charles Simic, sudah tentu John Ashbery lebih "sublime" puisinya. Selepas Wallace Stevens dan Hart Crane, John Ashbery ialah antara penyair elit terakhir di Amerika. Tapi pembaca puisi di Amerika sekarang sudah mula meninggalkan penyair-penyair elit seperti Ashbery, dan sebaliknya memilih penyair seperti Charles Simic dan Billy Collins.

Di Malaysia, komuniti penyair kita dari dahulu memang mencemburui puisi Indonesia. Puncanya ialah kita tidak ada Chairil Anwar dan Amir Hamzah. Muhammad Haji Salleh sendiri pun masih di belakang dua orang penyair ini. Muhammad Haji Salleh ialah suara kepada minda dan intelektual orang Melayu. Tapi Chairil Anwar dan Amir Hamzah ialah suara kepada jiwa manusia. Dalam kata mudah, Chairil Anwar dan Amir Hamzah ialah penyair metafizik dan juga mistik. Suhaimi Haji Muhammad dan Kemala cuba menjadi penyair mistik tapi mereka gagal untuk belajar daripada Amir Hamzah. Kebanyakkan penyair kita masih menulis puisi di atas awan; mereka membina taman kepenyairan mereka di atas awan; dan di dalam taman itu dimasukkan diksi abstrak dan bombastik dan nada-nada khutbah seolah-olah rahsia kehidupan dan nilai kemanusiaan hanya berada di atas awan. Sudah tiba masanya puisi kita dibawa turun ke bumi kerana pembaca kita belum bersedia untuk terbang ke langit.

Saya sengaja memilih wawancara Adam Zagajewski untuk menunjukkan pengaruh puisi Poland di negara besar seperti Amerika. Bagi saya, Adam Zagajewski ialah penyair terbaik di dunia sekarang. Zaman kegemilangan Pablo Neruda sudah berakhir. Adam Zagajewski ialah suara baru puisi dunia.

Wawancara ini dikutip daripada http://www.lenkowska.pl/teksty/amenvy.html


Comments

SATIRA + KACAU said…
Sdr Wan: Saya suka apa yang Sdr sebutkan sebagai "menulis di atas awan" itu. Sebuah pernyataan yang bagi saya sangat tepat dan menukik. Dan harap diizinkan saya datang membacanya.
fadz said…
"Kebanyakkan penyair kita masih menulis puisi di atas awan; mereka membina taman kepenyairan mereka di atas awan; dan di dalam taman itu dimasukkan diksi abstrak dan bombastik dan nada-nada khutbah seolah-olah rahsia kehidupan dan nilai kemanusiaan hanya berada di atas awan.."

Maaf cakap tetapi memang itu yg saya jumpa dalam puisi2 Kemala. Tapi saya suka sangat dengan T Alias Taib (luar topik), sangat segar puisi2nya.
Wan Nor Azriq said…
Terima kasih kepada saudara satira dan fadz kerana datang membaca dan memberikan komen.

Saya sendiri juga menyukai puisi2 T.Alias Taib.Sayang sekali puisi2nya tidak banyak.
Unknown said…
salam ziarah. saya jumpa blog ini lewat diblog syaidul azam.
tetapi saya suka dengan puisi-puisi suhaimi haji muhammad dan noor s.i serta zaen kasturi. saya suka karya-karya absurd.

Popular Posts