Pembacaan Dan Makna Dalam Teks

Saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Saudara Lutfi:

Menulis itu membaca. Membaca itu menulis. Pembacaan bukan suatu aktiviti yang pasif. Pembacaan ialah suatu aktiviti yang aktif. Pembacaan ialah menulis semula proses penulisan seorang penulis. Pembacaan ialah merekonstruksikan semula struktur teks seorang penulis. Pembacaan, di kemuncaknya, ialah mencari dan mentafsir bahasa penulis dalam teks.

Maka, adakah teks bersifat logocentrism atau ia bebas daripada sebarang makna dan kita bebas mentafsirkannya sesuka hati? Kedua-dua pendapat ini tidak betul. Pendapat pertama salah kerana sebarang bentuk logocentrism ialah usaha pembaca (dan pengkritik) untuk menanam ideologi ke dalam teks lalu melakukan suatu proses generalisasi terhadap teks itu. Pendapat kedua salah kerana pentafsiran kita hanya bergantung kepada struktur yang telah dibina oleh penulis. Maksudnya, pentafsiran kita bergantung kepada bahan (bahasa) yang penulis telah gunakan dalam pembinaan teks.

Comments

Sayap Janna'im said…
membaca dan menulis di old town juga suatu proses menulis.
menuli.
menulis.
menulis.
ya tak en wan nor azriq ;)
Wan Nor Azriq said…
Ya,setuju sekali :)di situlah saya suka lakar-lakar idea

Popular Posts