Seniman Objektif



Aneh sekali, sewaktu saya sedang membaca novel Sentimental Education oleh Gustave Flaubert, saya teringat akan kenyataan si kritikus bernama Shafie Abu Bakar. “Penulis yang objektif ini bagi saya tidak ada pendirian.” Begitulah lebih kurang bunyinya ( Aidil Khalid ada di situ, dia tentu ingat). Kritikus ini sedang mengkritik A. Samad Said bersama tikus-tikus lain di hadapan pentas seminar yang berdecit-decit sesuka hati memandangkan orang yang dikritik itu tidak ada. Para pembaca yang bijaksana, sebelum anda termakan dengan kata-kata kosong tikus yang buta seni ini, biar saya jelaskan apa yang gagal difahami oleh Encik Shafie bersama geng tikusnya.

William Faulkner pernah berkata: “The primary job that any writer faces is to tell you a story out of human experience – I mean by that, universal mutual experience, the anguishes and troubles and grief of the human heart, which is universal, without regard to race or time or condition.”

Bagi mereka yang pernah membaca karya Faulkner mungkin akan terkejut dengan kenyataan ini. Anda akan rasa yang Faulkner seorang penulis yang mengangkat, misalnya, isu orang kulit hitam di selatan Amerika. Ya, memang ada hamba kulit hitam dalam dunia Faulkner, tetapi ceritanya Berjaya memberikan kita pengalaman tentang nilai kemanusiaan yang menjangkaui isu semasa dan masalah etnik. Faulkner menambah lagi:

“I think that no writer’s got time to be drawing a picture of a region, or preaching anything – if he’s trying to preach you a sermon, then he’s really not a writer, he’s a propagandist, which is another horse.”

Dalam dunia Faulkner kita tidak merasakan yang dia sedang menulis untuk orang Amerika sahaja. Pengalaman yang dilalui oleh keluarga dalam novel As I Lay Dying turut ada kaitan dengan kewujudan kita. Hal yang sama juga kita rasa apabila membaca novel Tolstoy atau cerpen Kafka atau puisi Tagore; suara mereka menceritakan pengalaman manusia. Namun, apabila kita membaca sesetengah karya Hemingway, kita nampak isu orang Amerika itu. Sebab itu karya-karyanya kini hanya dipandang dengan sebelah mata. Dia terperangkap dalam sangkar masa lalu.

Sekarang kita berbalik kepada isu penulisan objektif yang dikatakan tidak berpendirian. Berpendirian dan bersifat objektif sebenarnya tidak dapat dipisahkan. Semua manusia mempunyai pandangan hidup, prinsip, ideologi, dan pendirian yang berbeza-beza. Perbezaan ini yang menjadikan seorang penulis itu unik dan pada masa sama menjadi pelitanya bagi menerangi segala misteri kehidupan. Dengan prinsip dan pemikiran yang kukuh dia dapat melihat kehidupan ini dengan cahaya yang lebih cerah malah bersinar-sinar. Namun, itu tidak bermakna dia harus berhenti menggunakan persepsi inderanya kerana tanpa persepsi yang tajam, dia tetap akan gagal walau secerah mana sekalipun dia cuba menerangi kegelapan. Hal ini hanya dapat dilakukan dengan bersifat objektif. Penulis yang subjektif ketika menulis tidak akan mampu melihat dan menceritakan kehidupan ini seadanya. Penulisan dan persepsinya akan dikaburi oleh pandangan hidup yang sempit; padahal seni itu bersifat menyeluruh, bukan pecahan-pecahan makna. Minda kita melihat dunia secara pecah-pecahan makna mengikut hukum logik. Tetapi jiwa manusia itu sentiasa menyeluruh kerana hidup ini bersifat menyeluruh. Seni itu menyeluruh dan mampu melepasi tembok sejarah, bangsa, agama. Seni itu tentang kemanusiaan. Dan sudah tentu sekali, seni itu bukan tentang isu semasa dan masalah golongan-golongan tertentu. Makhluk-makhluk politik seperti Shafie Abu Bakar, Mohd Affandi Hassan, Faisal Tehrani, tiksu feminisme, tikus pascakolonial, tikus studi budaya, tiksu –isme tempatan, dan tikus-tikus sejenis, tidak faham akan hakikat ini. Mereka ingin sastera menjadi gelanggang politik (politik di sini merujuk kepada isu-isu remeh yang bersifat semasa dan memuaskan ego kumpulan tertentu sahaja). Tetapi golongan ini tidak akan melihat sastera itu seadanya dan fugsi sebenarnya sebagai sebuah karya seni yang ditulis oleh manusia seni untuk memberikan kita pengalaman seni kehidupan yang universal.

Comments

saat omar said…
Selamat tahun baru Wan Azriq,

You keep on writing and we keep on reading it.

How old are u anyway eh? u write like an old man haha
salam tahun baru & salam perkenalan....

Nanti dtglah mlm puisi ASWARA boleh memeriahkan suasana...

Azriq bdk MPR ke? Skrg belajar lagi atau sudah bekerja?
Tulisan Azriq bagus la....
Wan Nor Azriq said…
Salam abang Saat,

Thank you for your support.

Hehe younglah,no need to be specific ;)
Wan Nor Azriq said…
Ya,saya mantan MPR.Terima kasih kerana sudi melawat :)

Saya sekarang final year di unitar kelana jaya.

Ya,kalau berkesempatan saya akan datang ke ASWARA.
jika ada lagi seminar dan malam puisi di ASWARA nanti kita boleh pergi bersama2...

Ada myspace tak?
Wan Nor Azriq said…
tak ada myspace.nak contact msg jerr melalui blog ni k
Sayap Janna'im said…
salam kenalan dan terima kasih..
hehehe..
oh, anda juga mengambil jurusan sastera inggeris ya?
hee, sama lah kita.
nanti bolehlah saling bertukar pandangan.
sekarang tahun tiga, nanti datang tak ke karya diskusi mpr 09 pada 17jan ni?
fadli akiti said…
slm tahun baru, tahun baru yg luntur dengan segala kesilapan pilihan dan jerumus kekelabuan..

:(

ya, saya masih berduka.. baru2 ini saya dapat rasakan bahawa saya tak dapat menulis lagi kerana kekangan kerja... ini artikel yg sedap tulisan saudara, tk!
Sayap Janna'im said…
oh.. sudah final year ya?
sem ni pun saya ambil virginia woolf 'a room of one's one'..
karya beliau yang mana awak fokuskan untuk projek paper?

emm maaf kalau soalan agak personal,
tapi ingin tahu, kenapa tak mahu melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti mpr ya?
fadz said…
Salam Wan,

ia tak ada kena mengena dengan 'ide besar', tapi kekangan.. seperti, bayangkan apa yang Reinaldo Arenas katakan, bila ilham datang mencurah dalam kepalanya, ia datang tanpa henti seperti hujan pada waktu malam yang membanting atap rumah, lalu titisan air hujan itu turun membentuk alur lalu alur membentuk aliran sungai yang deras yang menderu dan menderu.

Saya sedang mengalami itu, tetapi bayangkan bila semangat untuk menulis itu tinggi tiba-tiba ditahan oleh sebab kesibukan kerja, arahan dan perintah ketua dan segala remeh-temeh yang mengacau untuk saya betul-betul duduk dan menulis. Hal ini, bukan kena pada saya tetapi kebanyakan rakan juga, malah ada yang beberapa sudah "malas" mahu menulis kerana mengejar "KERJA" daripada melayan isi dalam kepalanya. Saya tidak perlu pergi jauh, rakan saudara juga. Dan kini saya terkena. Bayangkan, hari itu saya bersemangat mahu meneruskan novel saya, tapi tertahan kerana kesibukan kerja, dan bila balik saya sudah begitu penat mahu menulis. Baru2 ini seorang editor mahu saya menulis tentang artikel genre futuristik semasa, saya seronok dan mula mengumpul bahan, tetapi entah apa remeh di pejabat membuat jiwa saya tumpul untuk meneruskan, ini POINT saya, saya sangat sedih sekarang.. dan maka itu saya SEDAR bahawa Faisal MENULIS SEPENUH MASA, saya lihat sama seperti Dewangga Sakit, atau Arena Wati, mereka banyak MASA utk diluangkan... saya cemburui mereka, saya sesak, kerana menulis novel bukannya senang, bukannya dgn duduk 3 jam sudah boleh menulis, tapi memerlukan masa dan "pengeraman" yg jauh lebih panjang dan berat, walaupun mungkin menulis POP (Ahadiat mengambil masa juga), itu satu realiti yg tidak boleh ditarik, dan kini hak saya ini ditarik oleh keterlibatan kerja. Saya sedih!
fadz said…
slm wan, terima kasih atas nasihat, tetapi saya hanya mahu menulis, itu sahaja.. saya percaya, kumpulan penulis yang saudara kumpulkan di bawah "seni untuk seni" pun ada masa lapang tetapi mengambil masa mereka menulis. Saya tahu itu, idola saya Reinaldo Arenas sendiri melalui neraka, dipenjara, malah untuk menyelongkar tulisannya, beliau perlu menggunakan bontot beliau untuk menyeludup kitabnya. Tapi sila perhati ini: beliau diberi peluang menulis walaupun dalam neraka. Saya bukan apa, sedih dengan hambatan dunia material yg menyiksa saya (kerja), mengatakan "menulis itu sekunder" dan memandang enteng kepada penulis (baca entri ini: http://seemyscripts.blogspot.com/2009/01/dah-tak-mogok.html).. saya bukan mahu mencipta masterpiece, hanya berikan saya masa untuk diri saya sendiri untuk saya meluahkan, itu sahaja.. saya harap saudara faham tentang itu..
lutfi said…
This comment has been removed by the author.
lutfi said…
Salam Azriq.
Entri ni untuk entri di bawah - makna dan style. Apa pandangan Azriq tentang pandangan fenomonologi, seperti Husserl dan Derrida - yang melihat kematian makna dalam teks. dan yang tinggal hanyalah tafsiran demi tafsiran?

Tentang kritikus Sastera - abang Lutfi percaya, niat memainkan peranan. Moganya, apa yang kita lakukan kerana Allah semata-mata. salam.

Popular Posts