Bahasa,Imaginasi Dan Style
Saya menjawab reaksi yang diberikan tentang fungsi ayat(bahasa) dengan makna:
Terima kasih atas pendapat saudara.Ya,ayat(dalam konteks lebih luas,kita merujuk kepada bahasa)sememangnya membawa makna kerana setiap simbol(bahasa) pasti mengandungi makna sebagai isinya.
Apabila kita memperkatakan hubungan makna dengan ayat,maka secara tidak langsung kita sedang melihat hubungan bahasa dengan realiti kerana makna sesuatu ayat datang daripada realiti yang dirujuknya.Bahasa sebagai medium komunikasi ternyata sekali terbatas kalau kita hendak bandingkannya dengan imaginasi seorang penulis;saudara sudah tentu pernah melalui pengalaman begini iaitu apa yang ditulis tidak sama dengan imaginasi yang terbentang luas di minda;ia seperi sebuah lautan,dan bahasa di tangan saudara hanya mampu menjala sebahagian daripada isi lautan itu dan akhirnya apa yang keluar di atas kertas tidak memuaskan hati. Maka, saudara tulis dan tulis lagi(seperti semua penulis yang serius akan seninya)sehingga puas hati dan saudara dapat kata kepada diri sendiri bahawa apa yang dicipta di atas kertas boleh setanding dengan dunia imaginasi di minda saudara.
Maka, kita sekarang tiba kepada konsep style yang saudara sebutkan sebagai "persembahan." Style ialah suara hati seorang penulis dan juga pandangan hidupnya. Dan ia bukanlah permainan kosong seorang penulis. Ia adalah suara hatinya yang unik dan usahanya untuk melukiskan imej-imej dalam realiti sebaik mungkin. Mathew Arnold telah sebutkan dengan tepat apa itu style:"...it is having something to say and saying it clearly." Sekiranya style seorang penulis itu mengelirukan kita, maka kita harus terlebih dahulu selidik tujuan si penulis menulis dengan gaya begitu. Dan kita juga perlu ingat bahawa suara yang unik selalunya akan membawa persembahan yang unik dan segar dan mungkin asing buat pembaca biasa.

Comments