Novel Alejandro Zambra: Ulang Tahun Kelahiran
Petikan daripada novel Alejandro Zambra Multiple Choice.
* * *
29 Ulang Tahun Kelahiran
1. Kau bangun awal, keluar berjalan, mencari sebuah kafe.
2. Hari ini ulang tahun kelahiranmu, tapi kau tidak ingat.
3. Ada sesuatu yang kau lupa, tapi ia hanya bisikan hati, gerakan nalurimu.
4. Kau menjalani rutin seperti hari Sabtu yang biasa.
5. Kau merokok, kau memasang TV, kau terlelap ketika menonton siaran berita.
A) 5 – 1 – 2 – 3 – 4
B) 4 – 5 – 1 – 2 – 3
C) 3 – 4 – 5 – 1 – 2
D) 2 – 3 – 4 – 5 – 1
E) 1 – 2 – 3 – 4 – 5
* * *
Saya tulis semula susunan bagi setiap pilihan yang diatur oleh Zambra.
A) Kau merokok, kau memasang TV, kau terlelap ketika menonton siaran berita. Kau bangun awal, keluar berjalan, mencari sebuah kafe. Hari ini ulang tahun kelahiranmu, tapi kau tidak ingat. Ada sesuatu yang kau lupa, tapi ia hanya bisikan hati, gerakan nalurimu. Kau menjalani rutin seperti hari Sabtu yang biasa.
B) Kau menjalani rutin seperti hari Sabtu yang biasa. Kau merokok, kau memasang TV, kau terlelap ketika menonton siaran berita. Kau bangun awal, keluar berjalan, mencari sebuah kafe. Hari ini ulang tahun kelahiranmu, tapi kau tidak ingat. Ada sesuatu yang kau lupa, tapi ia hanya bisikan hati, gerakan nalurimu.
C) Ada sesuatu yang kau lupa, tapi ia hanya bisikan hati, gerakan nalurimu. Kau menjalani rutin seperti hari Sabtu yang biasa. Kau merokok, kau memasang TV, kau terlelap ketika menonton siaran berita. Kau bangun awal, keluar berjalan, mencari sebuah kafe. Hari ini ulang tahun kelahiranmu, tapi kau tidak ingat.
D) Hari ini ulang tahun kelahiranmu, tapi kau tidak ingat. Ada sesuatu yang kau lupa, tapi ia hanya bisikan hati, gerakan nalurimu. Kau menjalani rutin seperti hari Sabtu yang biasa. Kau merokok, kau memasang TV, kau terlelap ketika menonton siaran berita. Kau bangun awal, keluar berjalan, mencari sebuah kafe.
E) Kau bangun awal, keluar berjalan, mencari sebuah kafe. Hari ini ulang tahun kelahiranmu, tapi kau tidak ingat. Ada sesuatu yang kau lupa, tapi ia hanya bisikan hati, gerakan nalurimu . Kau menjalani rutin seperti hari Sabtu yang biasa. Kau merokok, kau memasang TV, kau terlelap ketika menonton siaran berita.
* * *
Setiap pilihan menggambarkan strategi naratif yang berbeza. A fokus pada kesunyian rutin harian sehingga si watak terlupa tarikh ulang tahun kelahiran sendiri; membaca B terasa seperti baru bangun daripada mimpi yang panjang; C boleh jadi monolog panjang yang berulang-ulang; D melukis kekosongan rutin harian yang berulang; E paling dekat dengan sebuah cerpen Raymond Carver di mana ceritanya berhenti ketika naratif baru hendak bermula. Setiap pengarang mempunyai strategi naratif apabila ingin menyusun sebuah cerita. Kerap kalinya pengarang akan menggunakan strategi sama kerana mereka sudah biasa berfikir dan membayangkan arus naratif menggunakan kaedah tersebut. Justeru novel permainan seperti di atas dapat membantu kita melihat bahawa naratif adalah sangat luwes; boleh menjadi apa-apa kita inginkan, semudah-mudah memindahkan pengakhiran ke depan, dan pengenalan ke belakang.
Comments