Pertemuan Malam Tahun Baru Cina dengan seorang Penulis Berjiwa Sentimental
Saya kali pertama berjumpa dan berbual dengan Syahmi Fadzil dua tahun lepas ketika novel sulungnya Insta baru diterbitkan. Kami berjalan keluar dari pesta buku di MAEPS Serdang (tempat paling jahanam untuk mengadakan pesta buku) dan saya mengajak Syahmi untuk minum kopi. Memandangkan Syahmi ini orang Kelang, saya mencadangkan sebuah kafe di Shah Alam supaya senang dia memandu pulang nanti. Kebanyakan penulis saya kenal (tidak kisahlah muda atau ultra-mapan) memang pendiam - a man of few words bak kata orang puteh - dan kalau mereka cakap banyak pun, selalunya mereka hanya mengutuk penulis lain atau kawan mereka sendiri yang mereka sangka lebih pandai bercakap daripada mereka. Syahmi juga pendiam, berkaca mata, berambut gondrong yang lebih sepadan dengan imej seorang penyair atau penyanyi rock berbanding seorang novelis avant-garde. (Lagipun apa yang romantiknnya tentang seorang novelis?) Tanpa dia menyalakan sebatang rokok pun saya tahu dia seorang mamat rebel yang berjiwa sentimental.
Bulan lepas saya mengambil seorang penumpang Chile bernama Francisco. Saya memandunya dari Hotel Seri Pacific ke stesen KL Sentral. Perjalanan itu singkat, dia sempat memuji kecantikan kota Kuala Lumpur, dan rutin kerjanya yang harus berulang-alik dari Santiago ke Malaysia. Dia juga memaklumkan kepada saya suatu berita yang menyedihkan: kematian penyair Nicanor Parra. Saya sangka Parra masih hidup; rupa-rupanya dia meninggal dunia pada bulan Januari lepas. "He was a genius. He could do anything, not just poetry," Francisco bercerita ketika kereta saya menghampiri pintu utama KL Sentral. Suara Francisco perlahan dan tersusun (barangkali tanggapan klise bahawa orang Chile sensitif dan bercakap perlahan seolah berbisik, ada benarnya). Kalaulah perjalanan itu lebih lama, pasti banyak cerita yang saya boleh dapat daripadanya.
Semalam Anas Mohd. berkongsi di Instagram pertemuannya bersama penyair ikon Melaka Salleh Ben Joned. Barangkali Salleh ialah sosok paling mirip Nicanor Parra kita akan dapat (walaupun genius mereka sangat jauh berbeza). Hanya penyair boleh menjadi legenda ketika masih hidup, dan apabila anda menjadi legenda, anda tidak perlu turun padang bertemu peminat. Biar peminat datang mencari anda di rumah. Dan dalam kes Nicanor Parra, dia pernah dikunjungi oleh Roberto Bolano dan Alejandro Zambra. Saya ingat Bolano pernah tulis tentang kucing-kucing yang datang ke rumah Parra untuk diberi makan oleh "penyair terbaik dalam bahasa Sepanyol". Sama seperti dirinya juga, dia datang ke rumah Parra untuk diberi makan.
Malaysia mempunyai sejarah penulisan biografi yang sangat teruk; ia hampir tidak wujud. Sehingga ke hari ini belum ada orang menulis secara komprehensif biografi Shahnon Ahmad atau Arena Wati atau T. Alias Taib, sekadar beberapa nama. Selalunya sarjana yang akan membuat kerja ini kerana penulisan biografi memerlukan penyelidikan yang sangat terperinci, bukan sahaja kehidupan seorang penulis tetapi latar budaya dan politik setiap zaman. Malaysia belum ada seorang James Boswell atau seorang Richard Ellmann yang membina karier melalui penulisan biografi secara profesional. Penting sangatkah biografi? Bukankah sebuah novel atau puisi boleh dibaca tanpa kita mengetahui sejarah hidup pengarangnya? Ya, memang boleh, namun apa salahnya kita memperkayakan lagi pengalaman pembacaan kita dengan sesuatu karya. Bayangkan kalau kita tidak pernah tahu masalah rendah diri yang Kafka alami terhadap ayahnya, barangkali kita masih akan meneka-neka makna serangga dan binatang dalam cerpennya. Saya mempunyai dua buku biografi mengenai Virginia Woolf, dan apabila saya membacanya saya bukan nak memburu hubungan langsung antara Mrs. Dalloway dengan Woolf. Saya sekadar nak memahami bagaimana Woolf berfikir, bagaimana dia melihat dunia dan orang lain, dan bagaimana perkara tersebut diterjemahkan ke dalam bentuk prosa.
Dulu seorang wartawan bernama A. F. Yassin pernah menulis buku berjudul Sembang Sastera Bersama Orang Persuratan. Ia bukanlah biografi, lebih kepada himpunan anekdot dan pertemuan wartawan ini dengan penulis-penulis Malaysia. Penulisannya santai dan paling hampir dengan apa kita boleh panggil sebagai gosip dunia persuratan. Buku ini mempunyai 64 bab mengenai 64 orang penulis, dan di bawah setiap bab diberi judul-judul yang memang sedap dibaca:
Saya sedar saya sudah menyimpang jauh daripada pertemuan saya bersama Syahmi Fadzil. Ia berlaku baru-baru ini, malam Tahun Baru Cina. Saya silap kerana mengatur pertemuan itu di kafe Coffee Stain, Jalan Dutamas. Mana ada orang buka kedai. Kemudian talian telefon saya pula disekat. Sepanjang perjalanan dari rumah ke Publika, saya tidak dapat menghubungi Syahmi (dalam hati saya berdoa Coffee Stain akan ada Wifi). Selepas parkir kereta baru saya sedar tempat itu lengang. Sudah. Maka saya merayau-rayau mencari kafe yang masih menyala. Mujur kafe Chawan beroperasi. Saya duduk, pesan segelas kopi tupai sejuk, dan tunggu dekat sepuluh minit juga untuk sambung ke Wifi. Pesanan WhatsApp pun masuk; rupa-rupanya Syahmi sudah lama sampai. Malam itu tidak banyak yang kami bualkan: saya kongsi pengalaman masa kecil bermain Sega dan Syahmi kongsi buku-buku Jepun yang dibacanya. Agak lama selepas minumannya habis, baru Syahmi keluarkan sebatang rokok. Syahmi lebih banyak diam daripada berbicara. Tetapi itulah Syahmi Fadzil yang saya selalu jumpa dan kenal. Dia sekarang lebih banyak menulis sajak kerana sibuk bekerja. Saya tanya adakah dia akan berhenti menulis sepuluh tahun lagi? Katanya tidak. Dan memang itu yang saya nak dengar.

Lokman Ali: Pertemuan Satu Dekad Kemudian
S. Othman Kelantan: Putera Pantai Timur Yang Suka Bercanda
Shamsuddin Jaapar: Dunia Romantis Dalam Jiwanya
Usman Awang: Sepetang Bersama Tongkat
Zam Ismail: Karyanya Sewarna Namanya

Comments