Menterjemahkan Robert W. Chambers

Raja Kuning, Hastur
 
Nama ini akan kedengaran asing kerana bukunya pun datang dari planet asing. Tidak ramai yang tahu tentang The King In Yellow melainkan dia adalah peminat tegar rancangan drama TV True Detective. Saya mengenali buku Chambers melalui H. P. Lovecraft yang turut meminjam mitos Raja Kuning ke dalam ceritanya. Sebenarnya dalam dunia penulisan cerekawala, Lovecraft adalah ibarat jirim hitam kepada seluruh galaksi: kita kenal Lovecraft, maka kita akan kenal penulis-penulis lain di dalamnya. Disebabkan Lovecraft, saya mengenali Clark Ashton Smith, Algernon Blackwood, Ambrose Bierce, Ramsay Campbell, dan paling terbaru, Robert W. Chambers. Buat masa ini proses penterjemahan The King In Yellow masih di peringkat permulaan. Buku ini mengumpulkan sejumlah cerpen yang berkisar tentang mitos atau rasukan Raja Kuning dari Carcosa. Berbeza dengan penulisan sastera, yang sangat mementingkan kritikan sosial dan keaslian gaya bahasa, penulisan cerekawala mencipta mitos, dan selalunya apabila tercipta mitos, akan lahir agama untuk mendukungnya. Ia bukan soal anda percaya atau tidak pada agama ini (lagipun, hanya orang gila akan percaya dunia kita ini dicipta oleh makhluk berkepala sotong dari angkasa). Tetapi bagaimana agama dan mitos in menceritakan kejadian kita dan sifat semula jadi kita sebagai manusia. Justeru saya sangat ghairah untuk memperkenalkan Chambers adalah kerana saya percaya pada mitos Raja Kuning dan saya ingin agama Raja Kuning bertakhta dalam imaginasi setiap pembaca yang belum mengenali kedaulatan kuasanya.   

 

Comments

Popular Posts