D. U. B. L. I. N. : Catatan Ringkas

Flaneur adalah menyusuri labirin kota

Pemenang hadiah utama kategori novel Sayembara  Institut Terjemahan dan Buku Malaysia

Sebaik saja sebuah buku diselesaikan, adalah agak mustahil untuk seorang pengarang kembali ke dalamnya. Ruang atau dunia baharu telah diciptakan. Dia bukan lagi penghuni atau pencipta kepada dunia tersebut. Ibarat memori yang hanya boleh disentuh dan dirasai, tetapi tidak dapat dihidupkan semula sebagai pengalaman nyata. Seorang pengarang hanya tinggal sebagai pemerhati setia kepada karyanya. 

D. U. B. L. I. N. adalah novel kedua saya tulis selepas Boneka Rusia Guido. Namun ia adalah buku pertama yang diterbitkan. Tidak banyak saya boleh katakan tentangnya. Saya rasa malu dan janggal apabila ditanya tentang bentuk cerita novel ini kerana memori saya terhadapnya ternyata semakin kabur. Ia akan semakin kabur selepas ini sehingga hubungan saya dan buku itu akan menjadi sangat asing. Mana-mana novelis saya percaya hanya mempunyai hubungan erat dengan karyanya ketika ia sedang disusun dan dirancang; ketika ia sedang dibayangkan dalam fikiran dan mimpi; ketika ia masih mentah dan mempunyai pelbagai tuntutan; ketika ia sedang ditulis dan dibaca semula berulang-ulang kali. 

Cetusan idea saya untuk novel ini sangat mudah (dan ia bukan seperti yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro): saya minat berjalan kaki dan saya minat untuk mengetahui tradisi berjalan kaki yang rupa-rupanya sudah lama ada dalam sejarah kesusasteraan dunia. Terima kasih buat Will Self yang bukan saja mendedahkan tradisi ini kepada saya, tetapi juga merupakan seorang novelis dan pejalan kaki yang tegar.

* Sesiapa yang ingin membeli D. U. B. L. I. N. boleh email kepada saya di wanazriq@gmail.com. Harga buku adalah RM 20. 00. Saya turut menjual kumpulan esei saya berjudul Manifesto Orient.      

    

Comments

Anonymous said…
Tahniah tuan. Biarlah apa orang nak kata, novel ini tentu akan menjadi novel yang menggoncang dunia sastera kita. Di mana tuan menghilang selama ini?
Masshah said…
Tahniah atas kemenangan novel ini, insyallah saya akan mencarinya nanti. Apa pun teruskan penulisan Tuan, agar kejayaan demi kejayaan tercipta dan sememangnya sudah tersedia tercipta untuk Tuan;)...
SallehYaacob said…
salam, saya memilih baca karya tuan dalam kursus fiksyen di PJJusm
Wan Nor Azriq said…
Terima kasih Encik Salleh
khalies said…
saya cuba baca novel ini banyak kali lepas beli. tapi saya tak berape faham penceritaan dalam buku ni. stressnye. huhu. entahlah camne nak baca buku ni supaya dapat faham. ade tips ke? hihi.
Wan Nor Azriq said…
mungkin cik panda boleh jumpa saya untuk dapat penjelasan detail :)

Popular Posts