Roth & Susunan Ayat
Antara semua penulis kita, Shahnon Ahmad ialah yang paling selalu saya dengar, dan saya sendiri alami melalui karyanya, disebut tentang pembinaan ayatnya, dan kerap kali, bergantung pada karya yang sedang dirujuk, sebutan atau suara-suara yang membicarakan gaya bahasa Shahnon itu akan mengeluh atau merungut atau mengagumi Shahnon kerana tidak ada penulis lain yang boleh menulis sepertinya. Kita tidak akan memuji S. Othman Kelantan atau Abdullah Hussain kerana gaya bahasa mereka. Selama saya menghadiri seminar dan majlis diskusi buku saya belum pernah mendengar seorang penulis dipuji atau dikutuk kerana pembinaan ayatnya seolah-olah pembaca kita adalah hakim-hakim dalam suatu pertandingan lumba lari: aku tidak kisah macam mana kau lari - nak terbang ke, nak berguling ke, nak melompat ke, nak terkinja-kinja ke, nak tergolek-golek ke - kerana yang penting untuk aku ialah kau sampai ke garisan tamat.
Mempelajari gaya bahasa - pembinaan ayat dan pemilihan kata - ialah mempelajari irama jantung sendiri. Kerana tanpa irama dan nada yang tepat, sesuai dengan rupa perasaan seorang manusia, tidak akan lahir suatu gaya bahasa. Di sini saya ingin turunkan kutipan dari novel Philip Roth berjudul The Human Stain. Saya sedar ini ialah kutipan dari gaya bahasa seorang penulis luar - seorang penulis Yahudi dan atheis - yang menulis bukan dalam bahasa kita; tetapi, cuba anda fikir, apakah bahasa kalau bukan untuk membina jambatan antara memori seorang manusia ke memori seorang manusia yang lain? apakah bahasa kalau ia bukan kebebasan pengucapan dan kebebasan dari tubuh yang kita diciptakan?
"He thinks she is thinking about how long it has all gone on, the mother, the stepfather, the escape from the stepfather, the places in the South, the places in the North, the men, the beatings, the jobs, the marriage, the farm, the herd, the bankruptcy, the children, the dead children... and maybe she is. Maybe she is even if, alone now on the grass while the boys are smoking and cleaning up from lunch, she thinks she is thinking about crows. She thinks about crows a lot of the time. They're everywhere. They roost in the woods not far from the bed where she sleeps, they're in the pasture when she's out there moving the fence for the cows, and today they are cawing all over the campus, and so instead of thinking of what she is thinking the way Coleman thinks she is thinking, she is thinking about the crow that used to hang around the store in Seeley Falls when, after the fire and before moving to the farm, she took the furnished room up there to try to hide from Farley, the crow that hung around the parking lot between the post office and the store, the crow that somebody had made into a pet because was abandoned or because its mother was killed - she never knew what orphaned it."
Jangan pedulikan plot dan motif watak novel ini. Perhatikan bagaimana Roth memulakan, kemudian mengembangkan ayatnya, dan bagaimana ayat itu diakhirkan dengan frasa atau kata yang betul-betul mengikat rentak dan emosi kesuluruhan ayat tersebut. Ada dua teknik yang dilakukan secara serentak oleh Roth di sini (dan ia adalah teknik yang dia pelajari daripada Henry James) iaitu menceritakan naratif melalui watak Coleman Silk - lelaki dalam kutipan di atas - secara tidak langsung; kita kena ingat narator novel ini bukan Coleman, tetapi lelaki bernama Nathan Zuckerman; dan kedua menceritakan aliran fikiran Faunia Farley yang sedang berfikir tentang burung gagak. Dalam beberapa baris kita tidak pasti adakah Roth membina ayatnya melalui minda Coleman atau Faunia seolah-olah pencerita Roth iaitu Nathan Zuckerman sedang keluar dan masuk dari dua rumah berbeza. Atau, dan ini andaian paling menarik dan mungkin juga satu lagi teknik yang digunakan oleh Roth, ialah bahasa naratif itu lahir dari minda Zuckerman secara total dan ia telah dipintal dan dibentuk - atas kuasa dia sebagai pengarang - untuk nampak ia seolah-olah datang daripada Coleman dan Faunia, tetapi sebenarnya hanya suatu rekaan dan permainan naratif untuk menjadikan ceritanya lebih memikat untuk kita. Genius!
Kehebatan Roth membina ayat mengingatkan saya kepada perbalahan yang pernah berlaku antara Martin Amis dan ayahnya Kingsley Amis tentang moraliti dalam novel terkenal Nabokov Lolita. Kingsley, novelis komedi dan penyiasatan yang tidak menyukai karya-karya "kesusasteraan" seperti anaknya, melihat Lolita sebagai novel yang tidak bermoral dan permainan kata-kata Nabokov itu hanya untuk mengaburkan pembaca. Martin membalas dan saya fikir ia adalah kritikan terbaik yang kita boleh berikan kepada Nabokov: "Tetapi gaya bahasa itu ialah moraliti Lolita." Tepat sekali.

Comments