Kekasih Android, Tiket Komuter & Roland Barthes
"[...] I do love to read. But I am not a great reader, I'm a casual reader, casual in the sense that I very quickly take the measure of my own pleasure. If a book bores me, I have the courage, or cowardice, to drop it. I'm freeing myself more and more from any superego in regard to books. So, if I read a book, it's because I want to."
(Roland Barthes)
Sekiranya seorang pembaca itu boleh masuk ke dalam buku yang dibacanya, di manakah akan dia membina sebuah rumah? Di bahagian pengenalan? Tengah? Atau kesudahan? Ini bukan soal plot - sebuah buku tidak semestinya mempunyai plot. Pembaca itu hanya ingin menemui tempatnya dalam dunia pengarang yang dia sedang baca. Dan bukankah itukah sebenarnya keinginan setiap pembaca apabila membuka sebuah buku iaitu untuk mencari tempatnya dalam buku itu?
Pembaca ini jatuh ke dalam buku itu secara tidak sengaja seperti seorang itu tidak sengaja jatuh ke dalam sebuah mimpi. Dan kalau ia sebuah buku ilmiah barangkali pembaca itu akan menemui sebuah koridor panjang dengan rak-rak maklumat tersusun dalam barisan panjang di kiri kanannya. Untuk sebuah novel sudah tentu pengembaraan pembaca itu akan lebih kompleks kerana dia bukan lagi masuk ke dalam kamar maklumat, tetapi juga sedang dilontarkan ke dunia lain. Dunia yang bukan selari dengan dunia asal pembaca itu telah datang.
Mari kita andaikan yang pembaca itu ingin masuk ke dalam sebuah novel. Bayangkan dia adalah seperti kita. Seperti anda yang baru membeli sebuah novel. Lebih bagus: dia adalah seorang pembaca yang ideal buat novel itu. Maksudnya, dia adalah pembaca yang boleh menyesuaikan diri dengan apa-apa jenis novel yang dia masuk. Umberto Eco menggelarkan pembaca ini sebagai pembaca model. Namun pembaca ideal/model ini bukan sekadar masuk, dia akan hidup di situ - dia akan membina rumah dalam dunia seorang pengarang.
Sekarang pembaca itu berada di kulit buku dan dia sudah bersedia untuk masuk, namun ada sesuatu yang dia ingin tulis dan berkongsi dengan kita yang memerhatikannya. Dia menulis. Kita menunggu. Kenapa nak tunggu? Biar sahaja dia pergi. Biar dia masuk ke dalam buku itu. Biar dia mencari dirinya atau mencari orang lain atau kedua-duanya - bagai tubuh yang tidak boleh terpisah - dalam buku itu. Biar dia menjadi kekasih pengarang itu seolah-olah dia satu-satunya pembaca yang boleh membaca dan memahami isi kulit buku itu kerana semakin kurang pembaca sepertinya - semakin kurang pembaca yang membaca untuk menjadi kekasih seorang pengarang. Tetapi kita tidak juga membiarkan dia pergi. Tidak; kita menunggu. Seolah-olah cemburu. Seolah-olah kita bukan pembaca mahupun penulis. Seolah-olah -
Seolah-olah kita adalah manusia asing yang tidak tahu untuk mencintai buku.
"Read not to contradict and confute; nor to believe and take for granted; nor to find talk and discourse; but to weigh and consider."
Semasa menulis esei ini saya belum membaca Amerika, novel Ridhwan Saidi. Tetapi saya sebenarnya sudah membacanya. Sekali lalu. Secara kasar. Bagai tetamu yang melintas di luar pagar rumah sambil mengintai penghuni di dalam. Tetamu ini sudah melawat rumah-rumah lain di bandar itu. Tetapi dia bukan seorang sahaja tetamu. Ada hari dia akan berselisih dengan tetamu-tetamu lain yang, sepertinya, juga datang untuk mengintai rumah-rumah penulis di situ. Dia tidak perlu menegur mereka. Sama seperti mereka tidak perlu menegurnya. Namun ada hari mereka akan berbual juga dan menceritakan pengalaman masing-masing. Ada hari di depan toko buku pada malam yang sepi. Ada hari ketika mereka beriringan mengayuh basikal melintasi landasan keretapi dan burung-burung bermain dengan selendang senja. Ada hari di tangga-tangga perpustakaan bagai anak-anak Ulysses. Ada hari di atas pentas ilmu. Ada hari di belakang pentas ilmu. Ada hari mereka diam tanpa bicara. Ada hari mereka berdiri di bahu jalan yang bertentangan dan melambai pada diri masing-masing seolah-olah mereka datang dari dua dunia berbeza dan berada di bandar itu, secara kebetulan, untuk mencari sesuatu yang belum pasti ditemui.
Semasa menulis esei ini saya belum membaca tiket komuter dalam saku seluar saya. Patutkah saya membacanya? "Baca sahajalah, ia juga ada maklumat dan sumber pembacaan yang tidak patut disia-siakan," anda barangkali berkata. Baik, saya bersedia untuk menerima pandangan anda yang cuba meletakkan sekeping tiket komuter pada darjat yang sama dengan sebuah buku. Lagipun apa salahnya? Kedua-duanya bergantung pada bahasa sebagai medium komunikasi. Kedua-duanya menyampaikan maklumat. Kedua-duanya dicipta untuk pembaca. Mula-mula mari kita bandingkan bentuk fizikal sekeping tiket komuter dengan sebuah buku; dalam sejarah penerbitan kita jarang sekali menemui buku yang bentuknya bukan berbentuk empat segi; sama juga dengan tiket pengankutan awam; ia tidak pernah berbentuk bulat atau segi tiga; dari segi ini kita boleh mengatakan kedua-dua objek ini mempunyai persamaan; dan kalau kita membandingkan kedua-duanya dengan sekeping cermin maka akan semakin jelas persamaan itu sebagai alat untuk manusia mencerminkan kewujudannya. Sebuah buku diselak dari halaman ke halaman seolah-olah ia adalah lapisan cermin dalam minda seorang pembaca. Apa yang dilihatnya? Ia bergantung apa yang pembaca itu cari. Manusia mencipta objek di sekelilingnya sebagai cermin kepada kewujudan dan bentuk fizikalnya sendiri. Cuba anda bayangkan kalau lipas yang memerintah dunia ini, adakah bangunan-bangunan akan dicipta mengikut struktur yang kita sedia lihat? Dan bagaimana pula dengan bentuk buku? Atau tiket komuter? Kalau anda membaca novel Italo Calvino Invisible Cities anda akan dapat memahami bagaimana dunia ini boleh berubah bentuk fizikal dan hukum fiziknya sekiranya ada perubahan pada sifat semula jadi manusia, sama ada yang hidup secara sendirian atau dalam sebuah masyarakat. Dalam soal kewujudan dan realiti manusia dari dahulu memang seorang rebel. Dia tidak pernah berpuas hati dengan apa dia ada dan apa yang kehidupan boleh tawarkan kepadanya. Lalu manusia melukis pada dinding gua dan setelah kewujudannya bertambah kompleks dia mencipta Don Quixote dan Leopold Bloom. Buat apa nak menulis novel sekiranya manusia memang sudah berpuas hati dengan realiti? Fiskyen dicipta. Dan ia bukan tempat untuk manusia melarikan diri. Roland Barthes melihat fiksyen sebagai permainan bahasa tentang permainan bahasa itu sendiri. Realisme ialah realisme bahasa tentang realisme. Dan sebut tentang permainan, mari kita kembali sekejap kepada pembaca ideal yang kita telah tinggalkan ketika dia sedang menulis sesuatu untuk kita.
Pembaca ideal itu telah menulis surat kepada kita:
"Wahai Dunia,
Aku bukan seorang pembaca ideal seperti yang kamu sangkakan. Aku hanya seperti orang lain yang terlibat dalam permainan sama apabila ingin masuk ke dalam sebuah buku. Bezanya aku dengan kamu ialah aku tahu semua peraturan permainan sebuah buku dan aku memilih untuk mengikut semuanya. Tanpa bantahan. Ya, mungkin kerana itu kamu boleh anggap aku sebagai pembaca ideal kepada seorang penulis. Aku ibarat kekasih Scheherazade yang paling setia kerana aku tidak akan membunuhnya walaupun pada malam ke seribu satu kerana malam itu tidak pernah berakhir buatku, melainkan ia kembali berputar dalam rantai naratif waktu Aku ialah pembaca yang tidak akan pernah mati. Aku ialah banduan seumur hidup dalam sebuah buku. Aku boleh dipanggil pada bila-bila masa sekiranya kamu ingin menemui aku apabila kamu masuk ke dalam sebuah buku. Aku akan ada di situ menantimu. Asalkan kamu tahu mencariku. Asalkan kamu tahu permainan sebuah buku. Asalkan kamu bersedia untuk menjadi aku untuk membebaskan dirimu.
Aku bukan baru hidup di dunia ini. Dari hari mula bahasa diciptakan aku sudah ada untuk manusia. Dari hari mula bahasa diciptakan aku sudah memerangkap makna dalam kamar besiku. Tidak ramai yang tahu tentang ini. Kamu sahaja yang memilih untuk tidak melihatnya dalam bahasa yang kamu sendiri gunakan. Jacques Derrida menemui kamarku dan keluar sebagai Don Quixote yang gila. Cervates menemuiku dan dia keluar sebagai pembaca yang bijaksana. Cervates menjadi dirku. Dan itu bukan mudah.
Dunia, barangkali kamu sudah dengar dari Barthes tentang kematian pengarang. Ini tidak benar kerana aku masih hidup. Kewujudan pengarang ialah kewujudan aku dalam sebuah buku. Pengarang tidak mati. Dia hanya digantikan dengan android. Ah, kalau kamu boleh lihat rupa fizikalku, kamu pasti akan lari dengan sejauhnya. Aku bukan lagi pembaca yang kamu pernah kenal. Aku bukan lagi Venus atau Apollo. Aku hanya Prometheus Edward Said dan Syed Hussein Alatas. Aku hanya bangsa Replicant yang diburu oleh polis-polis feminisme dan fundamentalis. Aku hanya android yang menjadi kekasih kepada umat manusia. Aku bukan lagi seni melainkan objek seni itu sendiri.
Percayalah bahawa aku bukan lagi pembaca yang kamu sangkakan. Sekian."
Tiket komuter, sebuah buku, dan surat ini berada di depan kita dan kita tertanya-tanya sekiranya masih ada makna yang kita belum tafsirkan dari ketiga-tiganya.

(Francis Bacon)

Comments
No 246 Lorong 9, Balok Maju
26100 Kuantan PAHANG.
Telp: 019 944 9366
Semoga SOS selamat tiba ke alamatku.