Cerpen Lydia Davis: In a House Besieged



In a House Besieged


In a house besieged lived a man and a woman. From where they cowered in the kitchen and the man and woman heard small explosions. "The wind," said the woman. "Hunters," said the man. "The rain," said the woman. "The army," said the man. The woman wanted to go home, but she was already home, there in the middle of the country in a house besieged.


Seorang cerpenis yang bagus mencipta dunianya tersendiri dan untuk kita hidup dan mengembara dalam dunia itu, kita sudah ada peraturan permainan yang ditetapkan oleh cerpenis. Setiap cerpenis, seperti setiap novelis, ialah pencipta peraturan permainan. Kalau dalam dunia Chekhov kita sudah tahu peraturannya. Kalau dalam dunia Poe kita sudah tahu peraturannya. Kalau dalam dunia Borges kita sudah tahu peraturannya. Tiga orang cerpenis ini ialah antara pencipta tradisi penulisan cerpen yang besar: di belakang mereka itu ada ramai pengikut. Chekhov sudah tentu yang paling popular dan berpengaruh. Poe kurang berpengaruh di kalangan penulis sastera, tapi tanpanya barangkali tidak akan ada genre horror dan science fiction yang kita kenali sekarang. Borges ialah kehadiran baru dalam dunia cerpen dan penulis yang mengikut tradisinya akan cenderung kepada cerpen berbentuk formalistik dan esei. Antara beberapa orang penulis dalam tradisi ini ialah Italo Calvino, Umberto Eco, Roberto Bolano, Donald Barthelme, Cesar Aira, dan Lydia Davis.

Pengaruh seorang penulis boleh datang dari mana-mana. Ia tidak semestinya terhad kepada seorang penulis. Dalam cerpen Lydia Davis, misalnya, bukan sahaja ada pengaruh Borges, tapi juga pengaruh Beckett dari segi gaya bahasa, dan pengaruh Kafka dari segi kaedah naratif. Dan seperti Borges, Davis meletakkan cerpennya betul-betul atas sempadan antara batas sebuah fiksyen dan sebuah bukan-fiksyen. Membaca cerpennya ialah seperti melihat ke dalam sebuah mikroskop dan bahan sampel Davis ialah watak-wataknya. Mereka tidak pernah ada nama. Kerana manusia hanya bahan eksperimen dalam dunia Davis. Seperti dalam cerpen In a House Besieged Davis berpuas hati dengan sekadar memberikan label "man" dan "woman" kepada wataknya. Kaedah ini bukanlah suatu benda yang baru. Kafka sudah pernah melakukannya. Dalam cerpen Haruki Murakami lagilah. Seolah-olah di mata para cerpenis moden, "I" seorang manusia sudah dikorbankan untuk kepentingan "We" sebuah masyarakat, atau dalam dunia Davis, "I" sudah dikorbankan menjadi label saintifik.

Apabila kita membaca cerpen Davis kita tidak boleh mengharapkan suatu kepuasan katarsis kerana cerpennya tidak ada plot dramatik. Davis bukan seorang dramatis: dia ialah seorang seniman bermata saintis.

Comments

Popular Posts