Melihat Dia Pergi
Sudah berkali-kali saya cuba melihat ke dalam diri saya. Dan setiap kali saya menemui dirinya. Saya menemui diri saya dalam dirinya. Kehadirannya dalam hidup saya ialah penemuan saya dengan diri saya sendiri. Namun, setelah masa datang dan mengubah takdir saya, dia pergi, dan saya tahu dia tidak akan kembali lagi. Hanya diri ini yang dia tinggalkan dalam diri saya yang akan kekal abadi.
Saya pernah memberitahu seorang penulis yang saya menulis untuk mencari diri saya. Tetapi saya sudah berhenti mencari. Kerana dia telah datang kepada saya. Dan sekarang dan selama-lamanya, pena saya akan sentiasa menari untuk menghiburkan dirinya, walaupun saya tahu dia tidak pernah peduli - walaupun saya tahu dia tidak akan berada di sini lagi.

Comments