District 9


Ada dua filem fiksyen sains yang memuaskan saya pada tahun ini: District 9 dan Star Trek. Antara dua filem ini, District 9 ialah yang lebih original. Ia original dari segi penyampain cerita dan juga pengarahan filem. Latarnya di Afrika Selatan. Tidak ada seorang pun pelakon Amerika yang kita kenal dalam filem ini. Aliennya tidak berkepala bonjol dan botak, tapi sebaliknya kelihatan seperti udang lalu mereka digelar "prawn" dalam filem ini. Ada banyak babak yang ganas dan sadis; mengingatkan saya kepada filem Clockwork Orange. Ia tidaklah sehebat filem itu kerana Neil Blomkamp, seorang pengarah baru, kelihatan masih ragu-ragu antara nak tunjukkan visi kepengarahannya dengan memenuhi selera komersil peminat filem FS. Namun, ia masih filem bagus dan saya menanti-nanti kemunculan District 10 (kalau ada).

Comments

fadz said…
aik, mengulas filem lah pulak? hehe
Wan Nor Azriq said…
sahaja isi masa kosong hehe

lagipun kebetulan tengah tulis cerita fs yang baru.
fadz said…
alamak, habislah saya, dah ada pencabar handalan, haha, apa2pun tahniah bro, saya harap awak juga dapat tulis novel FS.. alaf sedang mencari, tak pun, PTS.

Popular Posts