Jalan Petaling: Pentas Mini Pascamoden
Baru-baru ini saya berkesempatan untuk melawat, sekali lagi, Jalan Petaling. Setiap bulan saya pasti akan datang dua tiga kali ke tempat ini. Banyak inspirasi dan idea yang saya dapat. Ia bukanlah tempat yang cantik, wangi, tenang apatah lagi selamat. Sebelum melangkah masuk, anda boleh dengar hon bas yang berhimpit-himpit dengan teksi, dan suara polis trafik yang menghalau teksi di hadapan pintu gerbang. Halau sekejap sahaja, dua tiga minit kemudian akan ada teksi lain mengambil alih.
Apabila saya berjalan di jalan ini, saya rasa seperti melangkah masuk ke dunia yang lain. Ia seperti membuka internet dan anda ditarik masuk ke dalamnya. Dan seperti di internet, minta sahaja, semuanya ada. Kalau nak tali pinggang, macam-macam jenis ada: Batman, Spider-Man, Nike, Adidas, Nika, Adidos, Hello Kitty, dll. Nak baju, pilih sahaja: Converse, Manchester United, Bob Marley, Bush, F.B.I, C.I.A, Castro, Starbucks, McDonald, Star Wars, Osama, Saddam, dll. Namun, apa yang ada di sini hanyalah suatu simulakra (meminjam ungkapan Baudrillard); kepalsuan realiti yang diangkat mengatasi realiti sebenar. Segala-galanya ciplak dan cetak rompak; tetapi bukan itu yang diutamakan oleh para pengunjung Jalan Petaling, kerana yang lebih penting ialah menjadi pemilik petanda (signifier). "Yang penting aku pakai baju berjenama, biarpun ia bukan asli, kerana simbol mengatasi kualiti."
Suatu perkara yang membingungkan saya ialah kewujudan jalan ini sehingga sekarang. CD lucah dijual secara terbuka, siang dan malam. Kes ugut dan pencuri dompet selalu sahaja dengar. Lebih ironi ialah kehadiran pihak polis di sekitar kawasan ini yang langsung tidak mengambil tindakan apatah lagi mempedulikan sikap sesetengah peniaga yang mengugut pelanggan (kecuali pelancong asing yang dilayan seolah-olah mereka sahabat yang sudah lama dikenali) .
Nampaknya, pihak berkuasa dan pemerintah mengakui kewujudan sebuah dunia simulakra bagi menarik perhatian pelacong asing agar mereka melihat sendiri, jantung korupsi Kuala Lumpur dan pentas mini pascamoden versi Malaysia.

Comments