Sastera Itu Seni

"The short story isn't a snipet from the newspaper. It isn't realism. It is, as in all forms of art, taking the materials of every day (or otherwise) and using them to raise the consciousness of our lives to higher levels by the use of the art: to get something said."
- William Carlos Wiiliams
Saya pernah berbicara dengan seorang sahabat tentang fungsi sastera atau seni. Apabila saya memberitahunya bahawa seni (atau sastera) itu harus menimbulkan persoalan kehidupan di fikiran pembaca, dia tidak bersetuju. Katanya jika pembaca dibiarkan terawang-awang tanpa pentunjuk pengarang, mereka akan sesat. Oleh itu, beliau berasa tidak senang apabila ada penulis yang membawa aliran absurd, dan eksistensialisme. Aliran-aliran ini dikatakan mengelirukan pembaca dan menjurus ke arah kesesatan.
Terlebih dahulu biarlah saya jelaskan bahawa sastera itu adalah sebuah karya seni. Ia ditulis oleh seorang seniman yang mengajak pembaca mencari kebenaran hidup melalui pengalaman paling indah. Dalam karya ilmiah, kebenaran hidup diberikan dalam bentuk fakta. Namun, apa yang dicari dalam karya sastera ialah pengalaman yang indah. Ambil contoh ayat-ayat di bawah:
  • Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapatkan sagu.
  • Dalam hidup ini, kalau seseorang itu ingin berjaya, dia mesti berusaha kuat.
Cuba bandingkan dua ayat ini. Pasti sahaja yang pertama lebih indah dan memberi kesan mendalam. Itulah yang dikatakan seni penulisan.
Sekarang baliklah kepada persoalan sama ada penulis harus menjawab persoalan kehidupan atau tidak. Sebelum itu, seorang penulis perlulah tanya diri sendiri, "bolehkah aku menjawab persoalan-persoalan kehidupan?" Persoalan ini berkait rapat dengan falsafah hidup manusia. Bermula denagn ilmu tauhid, epistemologi, sehinggalah ke metafizik, manusia telah berabad-abad lamanya mencari jawapan kepada fenomena alam. Setelah datangnya Islam, manusia telah mempunyai panduan hidup yang jelas dan benar. Selain itu, di dalam Quran juga telah menyebut bahawa manusia itu harus berfikir jika dia ingin mendapatkan manfaat daripada membaca wahyu Allah.
"Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan i'tibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran." (Surah Yusuf, ayat 111)
Kita sebagai seorang penulis memang ada hak untuk memberikan pendapat. Contohnya, peperangan di Iraq. Setiap penulis pasti ada jawapannya sendiri berkaitan peperangan itu. Namun, ia hanyalah pendapat rasional manusia yang terbatas akal fikirannya. Kita mesti kembali kepada agama juga akhirnya. Jadi, tidak ada penulis yang dapat memberikan jawapan lengkap berkaitan masalah hidup manusia. Oleh itu, apabila kita menulis, sebahagian daripada mesej karya mestilah diserahkan kepada tafsiran pembaca. Berikanlah ruang untuk pembaca berfikir dan membuat muhasabah diri. Yang perlu diingatkan lagi di sini ialah tujuan asal kita menulis. Kalau kita menulis dengan tujuan untuk mengajak manusia mengingati Allah, jadi pasti sahaja karya kita tidak akan menyesatkan pembaca. Janganlah jadi seperti Jean Paul Satre atau Camus yang memang menolak makna kehidupan. Dalam kata mudah, bukan aliran atau teori yang menjadi persoalan, tetapi tujuan sebenar seseorang itu menulis.
Agama, peperangan, kemiskinan, politik, alam sekitar, cinta, sejarah, dan penindasan adalah antara tema yang sudah lama dibincangkan dalam tradisi sastera dunia. Namun, kenapa karya-karya yang terhebat di dunia masih dibaca hingga ke hari ini? Ia adalah kerana form (bentuk) yang dicipta pengarang telah mencantikkan content (isi) di dalam karya. Kedua-duanya perlu ada, kerana ia saling melengkapi antara satu sama lain.

Comments

Aidil Khalid said…
Sastera itu seni... Persuratan Baru pula bagaimana? hehe... Intelektual, mungkin?
Wan Nor Azriq said…
hehe itu bukan lagi sastera. Biarlah orang yang mendukung teori persuratan yang menjawabnya. Mungkin intelektual macam saudara kata.
Agaknya boleh tak kahwinkan persuratan dengan sastera hehe ?
Nadjmy said…
den setuju bak kate kau azriq..sastera 2 memerlukan seseorg berfikir..x best a kan ape yg kte tgk i2 je isi yg kte dpt...bak kate miss saradar..u have to think beyondddddd..up up n away..kehehe..pe2 pun kenenkan sket blog aku ni..nanti aku ltk konyer link kat blog aku keh..http://nadj-tingtong.blogspot.com..slmt bercuti
saat omar said…
bercakap tentang persuratan baru ni...saya sebenarnya kurang jelas dengan konsepnya. Boleh Azriq briefkan saya sedikit tentang apa itu persuratan baru kalau Azriq faham :)

Popular Posts