Imprialisme Barat Masih Wujud

Setelah hampir dua minggu berlalu, saya telah selesai membaca novela bertajuk "Heart of Darkness." Dalam novela ini Joseph Conrad (gambar di sebelah) telah membawa tema antikolonial. Dia telah memaparkan korupsi pihak imprialis Barat yang datang ke Afrika dengan tujuan asalnya untuk membawa cahaya ke benua yang dipercayai diselubungi oleh 'kegelapan.' Namun, seperti watak Kurtz dalam novela ini, pihak imprialis yang akhirnya jatuh ke dalam lubang dosa kerana dorongan nafsu kuasa dan kemewahan (ivory).

Walaupun Conrad telah memaparkan tema antikolonial, tetapi pada masa yang sama dia telah melakukan diskriminasi kaum terhadap warga Afrika. Tidak hairanlah apabila penulis Afrika, Achebe, telah melabel Conrad sebagai "a bloody racist."

Ketika menonton filem bartajuk Kingdom, saya mendapati pengaruh Conrad masih wujud di kalangan seniman Barat, terutama sekali pembikin filem-filem Hollywood. Dalam filem ini, Arab Saudi dipaparkan sebagai dunia yang penuh dengan keganasan. Manusia-manusia yang tinggal di dalamnya hidup dalam ketakutan dan pada masa yang sama menyokong pengganas yang digelar Abu Hamza. Bagi pihak FBI yang datang ke Arab Saudi, merekalah "penyelamat" umat manusia. Tambah lagi, watak-watak Arab yang ada di sekeliling mereka digambarkan sebagai orang yang bodoh, bengis, dan terlalu teruja dengan budaya Barat. Dalam kata mudah, Arab Saudi atau Kingdom, dijadikan pentas bagi menunjukkan "kehebatan" orang Amerika yang kononnya adalah bangsa yang lebih agung - sama juga dengan golongan imprialis dalam Heart of Darkness.

Comments

salam kunjungan... saja nak meninggalkan jejak di blog ni...hee

Popular Posts