RUMAH IDEA
Pernah tak saudara masuk ke rumah ini? Nak carinya mudah sahaja. Biar saya tuliskan alamat: 1986 Taman Sejarah Silam, 1-18 Seksyen Emosi, 1+1-1+1-1 Blok Mimpi, Alor Setar, Kedah. Agaknya boleh jumpa tak? Kalau tak boleh, mari sini saya ceritakan sedikit pengalaman saya masuk ke Rumah Idea.
Rumah itu ada banyak pintu, banyak tingkap, banyak lubang, dan banyak warna. Ada orang masuk melalui pintu belakang dan ketika rumahnya berwarna merah. Dan ada juga orang, macam Anthony Trollope, yang boleh masuk bila-bila masa; tak kisah melalui pintu, tingkap, atau lubang. Saya pun sama juga, tetapi idea yang terbaik selalu datang bila saya masuk melalui pintu belakang dan ketika rumah berwarna kelabu. Saudara selalu tak datang ke rumah ini?
Dalam Rumah Idea, perabotnya selalu berubah-ubah. Kadang-kadang ada perabot retro, moden, asli, atau mungkin juga tak ada apa-apa langsung – hanya rumah dengan dinding putih. Kalau ini terjadi kepada saudara, nasihat saya ialah teruskan menulis. Catlah rumah itu dengan warna keghairahan yang meluap-luap. Yang penting bukan hasilnya, tetapi pengasahan kreativiti. Dan kalau ada rezeki, mungkin akan muncul idea yang bernas.
“If one waits for the right time to come before writing; the right time never comes.” –James Russel Lowel, poet and critic

Comments