Kenapa Menulis

'Kenapa aku menulis?' Saya pernah bertanya kepada diri sendiri sewaktu mula-mula masuk ke dalam lapangan ini. Saya tidak ada jawapannya ketika itu. Dan sekarang pun saya masih tidak pasti tentang tujuan sebenar saya menulis.



Ada orang menulis kerana wang. Ada orang menulis kerana nama. Ada orang menulis kerana sedih. Ada orang menulis kerana cinta. Dan ada juga, kebanyakkannya, yang menulis bagi mengisi masa lapang. Golongan terakhir ini adalah seperti pengembara yang jalan kaki; ambil angin kosong dan berjalan tanpa sebarang hala tuju. Saya berharap saudara yang membaca blog ini tidak jatuh ke dalam kelompok terakhir.



Sebenarnya, tidak penting sama ada kita tulis untuk wang, nama, keluarga, bangsa, agama, negara atau sastera itu sendiri. Yang penting kita mesti menulis kerana itu satu-satunya bakat yang kita percaya akan menjadikan kita manusia berjaya. Kita mesti menulis kerana ia memuaskan jiwa. Dan paling penting, kita mesti menulis kerana:


KITA TAK BOLEH TAK MENULIS

Comments

Popular Posts