Landskap ialah Mata yang Melihat


Saya sedang membaca cerpen seorang penulis Peru, bernama Julio Ramon Ribeyro, judulnya "Meeting of Creditors." Ceritanya mengisahkan dilema Don Roberto, seorang peniaga runcit, yang mengalami masalah hutang besar. Dia cuba mencari jalan keluar dengan pengutip-pengutip hutang yang datang ke kedainya, namun terpaksa akur bahawa dia kini muflis. Kecewa, malu, marah, Don Roberto keluar berjalan-jalan sekitar kota. Di hujung hari, dia sampai ke tepi pantai dengan laluan pejalan kaki dan barisan tiang lampu. Sambil melihat ke tengah laut yang gelap, dia terfikir: 

"It was a peaceful place where the sounds of the city barely reached, where you could barely feel the hostility of men. In its sanctuary,  you could make make important decisions. There, he remembered kissing his wife for the first time, so long ago. On that precise border between the earth and the sea, between light and darkness, between the city and nature, it was possible to win everything or lose everything." 

Indah sekali. Kita terlupa sekejap ini ialah sudut pandang Don Roberto. Kita melihat lautan dan pantai itu seolah sedang menjenguk ke dalam ingatan Ribeyro sendiri. Naratif sebegini sentiasa memikat saya. 

Landskap luaran yang menjadi landskap dalaman, dan landskap dalaman yang menjadi landskap luaran.   

Comments

Popular Posts