Apa itu Kebahagiaan?


Novel Orhan Pamuk The Museum of Innocence berjaya menggambarkan apa yang jarang ditemui dalam sastera iaitu kebahagiaan. Kita lebih kerap menemui erti kematian, kesusahan, kedukaan, dan kesakitan apabila kita membaca novel (mahupun puisi). Namun kenapa kebahagiaan jarang ditulis? Adakah penulis terlalu takut dipandang sebelah mata kerana tidak mendukung sebarang "gagasan" atau membuat kritikan sosial yang tidak berkesudahan seolah hidup ini adalah siri kecelakaan dan korupsi yang perlu dikritik siang dan malam? 

Apabila saya kata The Museum of Innocence menggambarkan erti kebahagiaan, itu bukan bermaksud watak-watak dalam novel ini melompat dan menari-menari dari mula hingga hujung. Ia adalah sebaliknya - teras novel ini ialah kehilangan dan kekecewaan. Kita tidak benar-benar mengetahui erti kebahagiaan sehingga kita kehilangan sesuatu yang kita cintai. Buat Kemal, kehilangan itu ialah hari-hari bahagia bersama kekasihnya Fusun. Dan masa yang dihabiskan selama bertahun-tahun bersama keluarga Fusun di apartmen mereka. 

Masa menjadi garisan dan sempadan yang memisahkan di antara kehilangan (kematian) dan kebahagiaan yang tiada penghujung. 

Atau dalam kata-kata Kemal sendiri:

My life has taught me that remembering Time - that line connecting all the moments that Aristotle called the present - is for most of us a rather painful business. When we try to conjure up the line connecting these moments, or, as in our museum, the line connecting all the objects that carry those moments inside them, we are forced to remember that the line comes to an end, and to contemplate death. As we get older and come to the painful realization that this line per se had no real meaning - a sense that comes to us cumulatively in intimations we struggle to ignore - we are brought to sorrow. But sometimes these moments we call the "present" can bring us enough happiness to last a century, as they did if Fusun smiled, in the days when I was going to Cukurcuma for supper. I knew from the beginning that I was going to the Keskin house hoping to harvest enough happiness to last me the rest of my life, and it was to preserve these happy moments for the future that I picked up so many objects large and small that Fusun had touched, and took them away with me. 

Perenggan di atas bukan sahaja salah satu perenggan terbaik dalam novel ini, ia juga adalah antara perenggan terbaik yang pernah ditulis dalam sastera.     

Comments

Popular Posts