Alejandro Zambra: Hari Lahir


Pilih jawapan yang meletakkan setiap ayat dalam susunan terbaik untuk membentuk kesatuan teks.


HARI LAHIR

1. Anda bangun awal, anda keluar berjalan mencari sebuah kafe. 

2. Hari ini ialah hari lahir anda, tapi anda terlupa. 

3. Anda rasa seperti anda terlupa sesuatu, tapi ia hanya rasa kurang senang, atau firasat bahawa ada sesuatu tidak kena. 

4. Anda meneruskan rutin harian, seperti hari Sabtu yang biasa. 

5. Anda merokok, hidupkan TV, anda tertidur mendengar berita tengah malam.


A) 5-1-2-3-4
B) 4-5-1-2-3
C) 3-4-5-1-2
D) 2-3-4-5-1
E) 1-2-3-4-5

* * * 
Teks mini di atas diambil daripada buku Alejandro Zambra Multiple Choice. Apa benda ini sebenarnya? Cerpen atau teka-teki? Saya suka bagaimana jawpan A-E mempunyai kisah tersendiri apabila kita susunnya. Cuba lihat ayat saya semula di bawah. 

A: Anda merokok, hidupkan TV, anda tertidur mendengar berita tengah malam. Anda bangun awal, anda keluar berjalan mencari sebuah kafe. Hari ini ialah hari lahir anda, tapi anda terlupa. Anda rasa seperti anda terlupa sesuatu, tapi ia hanya rasa kurang senang, atau firasat bahawa ada sesuatu tidak kena. Anda meneruskan rutin harian, seperti hari Sabtu yang biasa.    

B: Anda meneruskan rutin harian, seperti hari Sabtu yang biasa. Anda merokok, hidupkan TV, anda tertidur mendengar berita tengah malam. Anda bangun awal, anda keluar berjalan mencari sebuah kafe. Hari ini ialah hari lahir anda, tapi anda terlupa. Anda rasa seperti anda terlupa sesuatu, tapi ia hanya rasa kurang senang, atau firasat bahawa ada sesuatu tidak kena.  

C: Anda rasa seperti anda terlupa sesuatu, tapi ia hanya rasa kurang senang, atau firasat bahawa ada sesuatu tidak kena. Anda meneruskan rutin harian, seperti hari Sabtu yang biasa. Anda merokok, hidupkan TV, anda tertidur mendengar berita tengah malam. Anda bangun awal, anda keluar berjalan mencari sebuah kafe. Hari ini ialah hari lahir anda, tapi anda terlupa.  

D: Hari ini ialah hari lahir anda, tapi anda terlupa. Anda rasa seperti anda terlupa sesuatu, tapi ia hanya rasa kurang senang, atau firasat bahawa ada sesuatu tidak kena. Anda meneruskan rutin harian, seperti hari Sabtu yang biasa. Anda merokok, hidupkan TV, anda tertidur mendengar berita tengah malam. Anda bangun awal, anda keluar berjalan mencari sebuah kafe. 

E: Anda bangun awal, anda keluar berjalan mencari sebuah kafe. Hari ini ialah hari lahir anda, tapi anda terlupa. Anda rasa seperti anda terlupa sesuatu, tapi ia hanya rasa kurang senang, atau firasat bahawa ada sesuatu tidak kena. Anda meneruskan rutin harian, seperti hari Sabtu yang biasa. Anda merokok, hidupkan TV, anda tertidur mendengar berita tengah malam.

   
Saya paling suka versi E kerana ia berakhir dengan mood suram dan sepi seperti yang kita temui dalam cerpen Raymond Carver. Tetapi setiap versi adalah cerita yang mandiri. Jarang rasanya nak menemui fiksyen berbentuk modular begini. Ia juga interaktif kerana pembaca perlu susun sendiri setiap ayat. Ini baru satu contoh. Ada banyak lagi teks pelbagai pilihan yang Zambra telah sediakan untuk pembacanya. 

Comments

Popular Posts