Happy Birthday



"The river is wide and mighty and its surface is broken by the heads of at least twenty-five writers under fifty, under forty, under thirty. How many will drown? I'd say all of them." - Roberto Bolano

Hari ini ialah hari lahir saya. Ada orang enggan meraikan hari lahirnya, malah dia tidak mahu menerima sebarang ucapan selamat. Adakah usia menakutkan sesetengah orang? Barangkali ya. Dia berdiri di depan cermin, setiap tahun, melihat rambutnya berubah warna dan kesegaran wajahnya perlahan-lahan menjadi layu. Semua orang ada menyimpan sekeping potret Dorian Gray di dalam almari atau di bawah katil atau di dalam peti besi yang dicampak jauh ke dasar bumi. Kita enggan menjadi tua. Dan kita enggan menghadapi kematian.  Setiap kali saya datang ke seminar di bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, saya akan mencari kelibat penulis yang lebih muda daripada saya. Kadang-kadang ada seorang dua, kadang-kadang tidak ada langsung. Mereka tidak peduli tentang penerimaan dewan. Lagipun ada sungai yang mengalir deras di depan mereka. Tidak, itu terlalu murni. Ia bukan sungai, hanya gaung yang tidak kelihatan lantainya. Masih ramai belum menyeberang. Dan ramai juga yang sudah jatuh. Pada hari ini, saya bukan hendak meraikan usia saya yang sudah meningkat. Saya ingin meraikan mereka yang sudah jatuh dan bakal dilupakan oleh dewa-dewa sastera Malaysia. Adakah mereka akan hidup semula? Saya tidak pasti. Tetapi sekurang-kurangnya mereka berani melompat tanpa menunggu dewan bandaraya menyediakan jambatan. 
 

Comments

William Blitz said…
You made some first rate factors there. I appeared on the internet for the problem and located most individuals will go along with with your website. best online casinos

Popular Posts