Neruda on Borges



"He is a great writer, and people who speak Spanish are very proud that Borges exists—above all, the people of Latin America. Before Borges we had very few writers who could stand in comparison with the writers of Europe. We have had great writers, but a writer of the universal type, like Borges, is not found very often in our countries. I cannot say that he has been the greatest, and I hope he will be surpassed many times by others, but in every way he has opened the way and attracted attention, the intellectual curiosity of Europe, toward our countries. But for me to fight with Borges because everybody wants me to—I’ll never do it. If he thinks like a dinosaur, well, that has nothing to do with my thinking. He understands nothing of what’s going on in the contemporary world; he thinks that I understand nothing either. Therefore, we are in agreement."


Saya suka dua perkara tentang pendapat Neruda terhadap Borges: Pertama, apabila Neruda mengatakan yang Borges ialah seorang penulis universal. Saya rasa ini ialah antara pujian terbaik yang boleh diberikan kepada Borges kerana impian Borges sememangnya untuk mencipta karya sastera yang boleh menjadi jambatan antara sastera Argentina dengan sastera dunia. Kedua, saya suka cara Neruda menghadapi konflik yang berlaku antaranya dengan Borges. Walaupun kedua-duanya mempunyai perbezaan ideologi politik dan prinsip seni, Neruda tidak pernah menafikan sumbangan Borges sebagai seorang seniman sastera.

Pergaduhan antara penulis memang perkara biasa dalam dunia sastera. Ada yang baik dan ada yang buruk. Pergaduhan antara Mohd. Affandi Hassan dan Muhammad Haji Salleh bagi saya adalah agak memalukan memandangkan kedua-duanya ialah intelektual sastera yang dihormati. Di peringkat global, pergaduhan antara dua orang pemenang Hadiah Nobel iaitu VS Naipul dan Derek Walcott tidak kurang memalukan. Kedua-dua orang mereka ialah penulis kelahiran Caribbean. Seorang penulis fiksyen yang mengkritik bangsa sendiri (Naipul) dan seorang lagi penyair yang menentang kolonialisme Barat (Walcott). Kemuncak pergaduhan mereka ialah apabila Walcott menulis sebuah sajak yang menghentam Naipul secara terbuka. Memalukan bagi saya untuk seorang pemenang Hadiah Nobel menulis sajak begitu. Boleh baca artikel tentang mereka di sini.

Comments

Anonymous said…
Kritikus Sastera

Betulkah MAH dan MHS bergaduh? Setahu saya mereka kawan baik. Setahu saya MAH hanya kritik MHS, bukan bergaduh. Mohon penjelasan tuan apa yang dipergaduhkan oleh dua orang tokoh ini.
Wan Nor Azriq said…
Dr.Ariff Budiman,

Saya merujuk pada polemik yang pernah berlaku antara mereka.Ia adalah polemik ilmiah asalnya yang bertukar menjadi serangan peribadi.

Sekarang kawan baik? Baguslah kalau begitu.Saya tidak mempersoalkan persahabatan mereka.Saya mempersoalkan cara mereka berpolemik pada masa itu.

(pergaduhan antara penulis bukanlah suatu benda yang buruk sebenarnya.asalkan ia sekadar berpijak dalam dunia sastera dan masing-masing bersifat profesional)
Anonymous said…
Tuan Kritikus Sastera,

Terima kasih atas penjelasan tuan. Saya ingat tadi perkara serius. Saya tak pernah berjumpa orang yang tak pernah bergaduh. Tabiat manusia semula jadi. Bukankah begitu? Itu sebab Allah ta'ala jadikan sifat pemaaf itu spesial untuk orang berjiwa besar. Tuan fikir bagaimana?
Wan Nor Azriq said…
Saya menyimpan pendapat saya.

Terima kasih kerana berkongsi.
Anonymous said…
Tuan Kritikus Sastera

Terima kasih. Saya tak berkongsi apa2, hanya bertanya. Tuan hebat dalam tulisan, tapi penakut bila diminta jawapan. Tidaklah hebat sangat, rupanya ...
Wan Nor Azriq said…
Dr.Ariff,

Berbanding anda yang seorang doktor dan saya seorang kritikus tidak bertauliah sudah tentu anda lebih hebat dan sudah tentu anda sangat lebih budiman dari saya.

Terima kasih,sekali lagi,kerana mengajar saya yang tidak budiman ini.

(tidak melayan soalan yang lari dari topik perbincangan)

Popular Posts