Form vs Content

Sepanjang penilitian saya ke atas cerpen-cerpen di Malaysia, pada masa kini dan juga antarabangsa, saya mendapati satu perbezaan ketara: kebanyakkan cerpen kita (bukan semua) lebih mengutamakan content daripada form. Ilmu bantu, dan falsafah disumbat masuk ke dalam karya dalam jumlah yang banyak sehingga kita tidak tahu sama ada ini sebuah cerita atau esei.

Pada pendapat saya, kedua-dua unsur ini penting dalam sesebuah karya sastera. Ia bertepatan dengan pendapat Muhammad Iqbal:
"According to me, the best testimony of the efficacy of beauty is that heavens bow before power. If there is no power (of content), beauty (of form) is without any value; and a song which does not fires one's imagination is less than worthless."

Nak mudahkan pemahaman tentang sebuah cerpen yang bagus, saya akan gunakan muffin sebagai analogi. Muffin adalah kek yang kecil dan padat dengan isi. Apabila kita makan muffin yang sedap, ia akan membuat kita teruja dan tertanya-tanya bagaimana muffin ini dibuat dengan begitu cantik dan enak. Kesan hebatnya masih terasa di bibir. Begitu juga bagi sebuah cerpen, ia mesti mempunyai form yang indah serta content yang padat. Tidak ada orang akan makan muffin yang tidak cantik dipandang; dan tidak ada gunanya cantik tetapi kalau isi tidak sedap. Dua-dua perlu ada dan saling melengkapi.

Comments

Aidil Khalid said…
Sebenarnya bagi saya, konsep isi lebih penting, atau bentuk lebih penting, ataukah kedua-duanya sama penting, adalah sebuah persoalan yang sangat subjektif dan bergantung kepada pegangan masing-masing.

Misalnya, Abg Faisal Tehrani ketika memperkatakan tentang cerpennya, Homo Fabulans Homo Islamicus, ada menerangkan, “Cerpen Homo Fabulans Homo Islamicus digarap berdasarkan gagasan EsPen yang pernah dikemukakan oleh pengkritik sastera terkenal negara iaitu Mohd Affandi Hassan, EsPen bermaksud esei + cerpen. Pendekatan khutbah, wacana dan dialog panjang dikemukakan oleh beliau dengan tujuan untuk mengangkat ilmu dalam karya. Ini bermakna khalayak yang membaca EsPen untuk mencari cerita seperti cerita-cerita Haruki Murakami; mereka akan kecewa dan marah-marah tetapi EsPen menurut Profesor Dr Ungku Maimunah Mohd Tahir (ATMA, UKM) harus dibaca dengan intellectual reading mode iaitu karya dibaca untuk mencari ilmu dan pemikiran (cerita jatuh nombor dua).”

Kemudian dalam memperkatakan novel Tuhan Manusia pula, Abang Faisal menerangkan, “Saya dengan sengaja meneruskan genre khutbah, siapa tidak ingin meminjam gabungan estetika, etika dan intelek yang terdapat dalam Nahjul Balaghah misalnya?”

Dalam hal ini, saya yang masih terlalu hijau usia sastera, lebih suka mengambil dasar terbuka. Apabila saya terasa hendak tulis dengan gaya khutbah, maka saya akan tulis begitu. Apabila saya hendak tulis dengan gaya cerita pula, saya akan buat tanpa rasa bersalah. Pendek kata, saya belum bersedia untuk mengongkong diri dengan satu-satu aliran sastera kerana bagi saya, saya masih terlalu mentah untuk benar-benar faham dan pilih satu-satu aliran berbanding aliran yang lain.
zulkhair said…
Saya semakin gemar dengan subgenre begini. Selamat menulis daripada bekas teman sekamar di Mandarin Court!
saat omar said…
tak silap saya Faizal Tehrani ada mengeluarkan satu artikel dalam Dewan Sastera yang lebih kurang mengatakan Isi lebih penting dari bentuk( dah lupa keluaran bila)

Popular Posts