Enrique Vila-Matas Menulis Tentang Pynchon
Lebih berahsia daripada Gracq atau Salinger ialah Thomas Pynchon dari New York. Setakat yang kita tahu dia lahir di Long Island pada tahun 1937, dia menerima BA Degree bahasa Inggeris dari Cornell University pada tahun 1958 dan pernah bekerja sebagai penulis teknikal untuk Boeing. Selain itu, kosong. Gambar sekeping pun tidak ada, kecuali gambar masa sekolah yang sangatlah hodoh, kita tahu remaja itu bukan Pynchon, melainkan ia adalah muslihat pengarang.
Jose Antonio Gurpegui berkongsi cerita dia dengar dulu daripada seorang sahabat baik bernama Peter Messent, Profesor of Modern American Literature di University of Nottingham. Messent membuat tesis tentang Pynchon dan, seolah perkara biasa, dia menjadi taksub nak bertemu pengarang yang dia telah banyak mengkaji. Selepas melalui beberapa halangan, dia berjaya mendapat wawancara ringkas di New York bersama pengarang The Crying of Lot 49. Tahun demi tahun berlalu, dan Messent, kini yang dihormati Profesor Messent, pengarang kepada karya penting tentang Hemingway, dijemput ke majlis Pynchon bersama sahabat-sahabatnya di Los Angeles. Dia terkejut, kerana Pynchon ini tidak sama dengan Pynchon dia wawancara di New York, tetapi, seperti Pynchon itu, orang ini boleh ingat hal-hal remeh dalam karyanya dengan terperinci. Ketika majlis hampir selesai, dia memberanikan diri untuk mendedahkan perwatakan kembar mereka, dan Pynchon, atau sesiapa orang itu, membalas dengan tenang,
"Saudara kena fikir-fikir sendiri mana satu antara kami yang betul."
Sumber: Bartleby & Co., Enrique Vila-Matas, diterjemahkan oleh Jonathan Dunne (2005), Vintage.
Comments