Cerpen-Mikro: Augusto Monterroso

Cerpen-Mikro ialah kepakaran Augusto Monterroso, penulis dari Guatemala, yang hanya menulis fiksyen berbentuk ini sepanjang kariernya. Walaupun dia muncul bersama generasi Boom Amerika Latin yang lain, tetapi namanya jarang dikenali, melainkan melalui cerpen terkenalnya berjudul Dinosaur.

Fiskyen yang bagus selalunya akan mengubah cara kita memandang realiti melalui imaginasi seorang pengarang. Terutama sekali fiksyen dalam aliran fantastik. Ia membuka kepada kita pintu ke bawah realiti: pintu ke alam mimpi, ke alam mitos, dan ke alam mistik. Penulisan sebegini memang begitu asing dalam tradisi kita kerana rata-rata pengarang kita masih berada di alam realiti. Kita tidak berminat untuk turun ke bawah.

Saya kongsikan di sini cerpen Monterroso berjudul Kambing Hitam:

Pada suatu masa dahulu di sebuah negeri yang asing, hidup seekor kambing hitam. Ia dihukum mati oleh skuad penembak. Seabad kemudian, mereka yang murung dengan kematian kambing itu mendirikan tugu ekuestrian bagi memperingatinya memandangkan ia nampak cantik di tengah taman. Dalam tahun-tahun berikutnya, setiap kali muncul kambing hitam, ia akan ditembak mati supaya kambing biasa boleh melajar membuat arca.


Comments

Anonymous said…
terima kasih =)

Popular Posts